Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2025 @ 3:49pm

Isteri Selamat Bersalin Anak Lelaki, Fizo Omar Syukur Diberi Peluang Sambut Kelahiran Bayi

“Masya-Allah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan”.

Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak keempat mereka yang juga seorang bayi lelaki.

Kata Fizo, bayi seberat  3.52 kilogram (kg) selamat dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta terkenal.

Tambahnya, apa lagi yang mengharukan adalah ketika dia diberi kesempatan untuk menyambut sendiri kelahiran bayi keempatnya itu.

“Alhamdulillah, it’s a boy. Terima kasih diatas doa semua.Semalam pada jam 5.19 ptg, 17 Jun 2025, isteri sya @ffezyranesry telah pun selamat bersalin secara normal di @andorrahospitalofficial bersama Dr Kamsiah Muda.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52 kilogram.

“Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah, apatah sekali lagi diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya,” katanya.

Mengulas lanjut, Fizo atau nama lengkapnya, Wan Hafizol Wan Omar, 40 memaklumkan,  perasaannya pada ketika itu bercampur baur terutamanya apabila melihat sendiri zuriatnya dilahirkan.

Malah, ayah kepada empat orang cahaya mata ini sempat menzahirkan rasa bangga dan berterima kasih terhadap setiap pengorbanan isterinya.

“Masya-Allah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.

“Alhmdulillah syukur rezeki dari Allah, 3 girls dan 1 boy datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yang melimpah ruah.

“Credit untuk wanita hebat, my lovely wife yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.

“Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami, dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Banyak Lagu Bagus Tapi Belum Pernah Dinyanyikan Live’- Aishah Idam Konsert Solo

Memiliki lebih 100 buah lagu sebelum ini, Aishah tidak mahu hanya lagu Janji Manismu sahaja yang terus dikenang. Lagu Janji Kita pun best kan?

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Azharina Impi Trofi AJL-33

Siapa tahu kan tuah angka ke 33 tahun ini menyebelahi Nina tahun ini…

Featured Fri, 1 Sep 2023
Trending Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Tue, 3 Mar 2020

COVID 19: Pegawai Dan Staff Istana Antara Yang Perlu Jalani Ujian Saringan Kesihatan

Semoga Allah peliharakanlah Raja kita dan diri kita semua daripada wabak penyakit ini

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Featured Thu, 19 Jun 2025

“Saya Tak Tahu, Isteri Okay Sahaja Dengan Saya” – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tuntutan cerai isterinya.

Featured Mon, 21 Apr 2025

[VIDEO] “Sejuk Perut Ibu Mengandung”- ‘Belanja’ Surah Al-Fatihah, Netizen Komen Bacaan Amir Ahnaf Merdu

Pelakon popular, Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas sepotong bideo pendek tular di platform TikTok.

error: Content is protected !!