Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 19, 2025 @ 7:00am

Gadis Veil Viral Lagi! Selamat Berkahwin Di London, Dress Pengantin Cantik Dengan Kain Layah 7 Meter Bersama Bunga Tangan Besar Jadi Sorotan Warganet

Gadis cantik ini pernah tular ketika di majlis perkahwinan abangnya, Danial Iskandar bersama penyanyi dan pelakon Erissa Puteri Hashim pada April lalu.

Penampilan anggun Putri Darweena Natasya yang mesra disapa Weena yang mengenakan veil di majlis pernikahan Erissa menyorot perhatian warganet dan kisahnya menjadi bualan orang ramai.

Kini, Weena sekali lagi mencuri tumpuan apabila majlis perkahwinannya bersama seorang jejaka mat saleh kacak di London heboh diperkatakan.

Menerusi perkongsian jurugambar Budak Tadika di laman sosial TikTok, majlis perkahwinan Darweena dengan lelaki bernama Ishtiaq Ahmed Ishaq menjadi buah mulut orang ramai.

@budak.tadika Luarbiasa cantik dia kann? Rumah agam ni… dah wujud sejakk 400 tahun dahulu🥹 #fypviral #fyp #wedding #weddinglondon #mansion #castle #photography ♬ Turning Page – Sleeping At Last

@budak.tadika Congratulations, Selamat Pengantin Baru for Weena & Ishtiaq 💍🤍 #happilyeverafter #weena #fypシ #fypviral #london #mixedcouple #culture #londonweddings #weddings #photography ♬ original sound – Budak Tadika

Rata-rata netizen memperkatakan mengenai kecantikan anak kepada penerbit Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain ini kelihatan jelita dengan dress pengantin serba putih dengan solekan hasil air tangan Rozlan Nassir yang diterbangkan khas ke London.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozlan Nassir (@rozlanassir)

Difahamkan, busana hasil rekaan pereka fesyen Engku Rizalman itu turut dilengkapkan dengan kain layah sepanjang tujuh meter serta bunga tangan bersaiz besar.

Lokasi majlis juga menjadi tumpuan orang ramai dan difahamkan, acara terbabit diadakan di ‘mansion’ yang berusia lebih 400 tahun di Chard, Somerset, United Kingdom.

@budak.tadika Bila semua keluarga dh berkumpul, kita ambil gambar potret semua. sesekali shoot like “kerabat english” ponn style kan😎🇬🇧 #fypviral #fyp #bridgerton #netflix #english #somerset #mansion #family #british ♬ original sound – Budak Tadika

@budak.tadika “When you hire us, for your wedding in London📸” Semua moments kami capture, takde yg terlepas 😜 #fypシ #fyp #wedding #reception #london #fypviralシ #xyzbca #erissaputeri ♬ Almost forgot that this was the whole point – Take my Hand Instrumental – AntonioVivald

Untuk info, Weena baru sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang manakala suaminya pula merupakan seorang juruterbang di London.

Namun begitu, ada juga yang mengkritik majlis tersebut dan menyamakan ia dengan majlis perkahwinan agama lain.

Dalam pada itu, majlis perkahwinan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran keluarga, saudara mara, sahabat handai, orang kenamaan dan selebriti seperti Datuk A Aida, Alif Hadi, Riena Diana dan Keith Foo.

Kredit foto / video: Budak Tadika

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jul 2019
Hiburan Sat, 13 Dec 2025

Rezeki Tidak Disangka! Ernie Zakri Curi Perhatian Tampil Ringkas Terima Trofi Bintang Paling Popular ABPBH37, Ini Penjelasan Empunya Badan

Ernie Zakri bergegas kembali semula ke lokasi acara ABPBH37, terpaksa berlari akibat jalan sesak

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Featured Mon, 20 May 2024

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

Moga penjenayah dapat ditangkap dengan kadar segera💪🔥

#tilljannah Wed, 28 Dec 2022

Lawaknya Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Masuk Air’ Menari Dangdut!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang berada di sebuah restoran. Menerusi hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna @norzana1980 itu menunjukkan Aprena Manrose, sepupu […]

error: Content is protected !!