Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 20, 2025 @ 10:21pm

Jufferi Jamari, Mat Yo, Sharul Aimy, Noraniza Idris, Tomok, Mawi & Ramai Lagi Kongsi Pentas… ‘Game Changers UKM’ Gabungkan Ikon Sukan & Seni

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah menganjurkan program eksklusif Game Changers: Antara Budaya dan Sukan yang menghimpunkan ikon sukan serta seni tanah air dalam satu pentas inspirasi dan persembahan istimewa pada Khamis.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UKM, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, turut disaksikan oleh Dekan FSSK, Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, Penasihat Game Changers UKM, Prof Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Pengarah Projek, Muhammad Hazam Hajanan.

Bertemakan ‘Dari Gelanggang ke Panggung Dunia: Cerita Budaya dan Sukan Malaysia’, acara ini memberi tumpuan kepada bagaimana atlet dan artis berperanan sebagai wakil budaya negara, membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui komunikasi rentas budaya dan semangat kebangsaan.

Menurut Prof Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad, selaku pensyarah dan penasihat program, Game Changers ini lahir dari inisiatif dan kreativiti pelajar sarjana kursus Seminar Komunikasi Antarabudaya, Pusat Kajian Media dan Komunikasi, FSSK UKM.

“Setelah perancangan penuh teliti, Alhamdulillah pelajar berjaya mempraktikkan apa yang dibelajar di dalam kuliah ke dalam sebuah program yang menyatu-padukan artis dan ahli sukan dalam satu platform untuk berbincang tentang isu identiti dan budaya berdasarkan pengalaman antara budaya mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, program ini berjaya memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang pentingnya komunikasi antara budaya serta bagaimana pengalaman peribadi artis dan atlet membantu mengangkat imej negara.

Acara ini merupakan sebahagian penilaian bagi pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi UKM dan menjadi platform menggabungkan teori akademik dengan kemahiran sebenar dalam pengurusan acara dan komunikasi strategik.

Barisan tokoh sukan negara seperti Al Jufferi Jamari (Silat), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo (bola sepak), Adli Hafidz (tinju), Amisha Azrilrizal & Ali Yaakub (Muay Thai) dan Sharul Aimy (gimnastik) tampil berkongsi kisah mereka dalam menyesuaikan diri dengan budaya asing, mengurus komunikasi rentas negara, serta membina jaringan kerjaya global.

Dalam dunia seni pula, pentas Game Changers dimeriahkan dengan persembahan dan perkongsian pengalaman oleh Noraniza Idris, Mawi dan Tomok yang membicarakan tentang evolusi seni hiburan tempatan daripada era realiti TV hingga ke pentas profesional.

Acara turut dikendalikan dengan penuh bertenaga oleh personaliti televisyen Andy Reza Rohadian, manakala sesi perkongsian inspirasi disampaikan oleh penyampai radio, Isha Norsham.

Secara keseluruhan, Game Changers bukan sekadar hiburan atau diskusi, ia satu usaha membentuk kefahaman mendalam tentang pentingnya komunikasi rentas budaya dalam memperkukuh jati diri Malaysia di mata dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

「草根追梦者」张恒远:追梦赤子心

没有光鲜亮丽的外表,也没有光环笼罩的过去;张恒远的成长历程,倾注着他对于音乐的执着和热爱!

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Featured Wed, 12 Oct 2022

“Puas Hati? Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia!” – Neelofa Kesal Wajah Bilal Dikritik?

Hanya ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan mungkin faham apa yang saya rasa – Neelofa

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Hiburan Sun, 24 Jun 2018

Janna Nick Jadi Murid Ernie Zakri?

Ernie mendedahkan, selepas dia kerap memuat naik video nyanyian di laman sosial, lebih ramai artis yang mula berminat mendapatkan khidmatnya sebagai guru vokal.

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

SIAPA TEMAN ISTIMEWA “SUPER KIP” MALAYSIA ?

Peminat Justin Bieber ini merupakan anak ketiga dari empat adik beradik yang dua daripadanya memang terlibat secara aktif dengan dunia permotoran. Tapi, kali ni kita bukan nak sembang pasal motoGP ye, kita nak tahu siapa permaisuri hati Encik Keon?

Events Mon, 24 Jun 2019

Monsta X Sets Malawati Stadium On Fire With Their We Are Here Tour

The heart stealing performance has garnered the attention of  a total 5,000 MONBEBE’S. 

error: Content is protected !!