Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 23, 2025 @ 10:11am

Rahmad Mega Menangis, Anak Istimewa Meninggal Dunia

Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.

Menerusi perkongsian di media sosial, Rahmad atau nama penuhnya, Rahmad Tohak, 56, berkata, dia tidak dapat hadir kepada sebuah acara yang berlangsung di Kuching, Sarawak disebabkan perkhabaran sedih yang emnimpa keluarganya.

“Assalamualaikum untuk seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini.

“Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi. Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

“Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf warga Betong,” katanya.

@rahmadmega01 Sekejap tadi saya dpt berita anak saya NUR ARA ELISYA telah kembali ke rahmatullah. Saya terpaksa pulang ke KL sejurus selepas menerima berita tersebut. Terima kasih kepada Retro FOOD STYLE atas undangan. Maaf tak dpt hadir dan Maaf utk warga betong jugak. #retrofoodstyle #rahmadmega ♬ original sound – Rahmad Mega

Difahamkan arwah mengalami sindrom Prader-Willi iaitu penyakit yang jarang berlaku.

Dan, pada Februari lalu, Rahmad mendedahkan, Allahyarham Nur Ara Elisya yang juga anak istimewa (OKU) telah menjalani pembedahan tulang belakang yang membengkok 140 (darjah) di mana ia muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa masalah fizikal, mental dan tingkah laku di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

Memetik laporan Berita Harian, jenazah akan dibawa ke Desaku Apartment, Jalan Melati Indah 1, Taman Kemensah Height Kemensah dan selepas itu akan dibawa ke surau berdekatan.

Manakala, pengkebumian akan disempurnakan pada pagi ini.

Sekadar info, arwah Nur Ara Elisya adalah anak hasil perkongsian penyanyi itu dan juga pelakon, Ainina Ahmad B.

 

Sumber: TikTok, Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018

Al- Fatihah! Pakar Dodol Pelik Dodolnya Hangus, Rupanya Petanda…

Bagaimanapun hati saya menjadi resah sepanjang Ramadan lalu, sehingga dodol yang saya hasilkan tiga hari sebelum Aidilfitri tidak menjadi dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Adira Jawab Gosip Cerai…

Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat.

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Trending Wed, 31 Mar 2021
Featured Wed, 13 Aug 2025
Selebriti Sun, 8 May 2022

“Keturunan Apa Ni?…” Kecantikan Anak Que Haidar Jadi Bualan Warganet

Netizen terpegun dengan kecantikan anak perempuan Que Haidar

Fab Foodies! Mon, 25 Mar 2019

Jom Buka Puasa at Vasco’s Royal Themed Buffet This Coming Ramadan

What better way to buka puasa than by having a feast fit for a King.

error: Content is protected !!