Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2025 @ 8:55pm

Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

Kumpulan penyanyi wanita terkenal, Elite akhirnya bakal mengimbau kembali momen ‘nostalgia’ dalam konsert Elite Live ’25 berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 September ini.

Membawa tema daripada album pertama mereka iaitu ‘Catwalk’, konsert yang akan menghangatkan pentas berprestij itu bertujuan bagi meraikan 30 tahun keberadaan Elite dalam industri seni hiburan tanah air.

Dianggotai oleh Linda Rafar, Sasha Saidin, Watie Sadali, Abby Abadi dan Azza menjanjikan peminat Elite akan membawa pulang memori dan sejarah dalam konsert sulung ini, menikmati karya-karya hits mereka seperti Tamparan Wanita, Manisnya Senyumanmu, Trauma dan GIG.

Semasa sidang media berlangsung di Hotel Grand Hyat, Kuala Lumpur sebentar tadi, Azza dan Abby menjelaskan mereka tidak mahu bertanding dengan mana-mana pihak, sebaiknya hanya mahu memenuhi permintaan peminat.

“Selepas Elite muncul selama empat hari di Konsert GenKRU Mei lalu, tak dinafikan sambutan peminat terhadap kami sangat luar biasa dan di luar jangkaan.

“Kami tiada nak bertanding siapa lebih hebat. Malah, sekadar menghiasi dan mengisi permintaan daripada peminat-peminat,” katanya.

Abby pula menambah dengan berkata dia berharap agar orang ramai mendoakan Elite mampu memberikan persembahan yang memuaskan hati semua pihak.

“Elite dah terlalu lama tidak aktif dalam industri. Apabila Iman Tang (penganjur) memberi tawaran, kami sebenarnya hanya mahu kembalikan nostalgia. Tak ada nak melakukan sesuatu yang di luar kemampuan, Insya-Allah. Doakan kami mampu berikan yang terbaik. Terimalah Elite seadanya,” katanya.

Tiket konsert ‘ELITE LIVE 25’, akan mula dijual pada 26 Jun, Khamis jam 2 petang menerusi laman web www.ticket2u.com.my/elite.

Harga tiket bermula daripada RM268 hingga RM1088.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 May 2026

Yusry Sebak Dengar Ucapan Lisa Surihani Dari Tanah Suci, Titip Doa & Kata-Kata Penuh Kasih

Lisa turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian suaminya yang kembali mencuri perhatian menerusi hasil lakonan yang mendapat sambutan positif daripada penonton.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

M! Countdown Charts Will Be Changing Their Voting Concept

The new system will change how idols win the weekly show.

Trending Mon, 11 Feb 2019
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
error: Content is protected !!