Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 24, 2025 @ 9:05pm

Kereta Porsche Selebriti & Usahawan Wanita Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ Dalam Ops Luxury

Sebuah kereta Porsche milik seorang selebriti dan usahawan wanita antara 101 kenderaan mewah yang telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Ops Luxury di seluruh negara bulan ini.

Memetik laporan BH Online, kenderaan itu disita di kawasan sekitar Lembah Klang setelah didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insuransnya telah tamat tempoh.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menjelaskan bahawa Ops Luxury dilaksanakan untuk memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan mewah yang gagal mematuhi tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.

“Dalam operasi itu, sebanyak 101 kenderaan mewah dikesan melakukan kesalahan. Ia termasuk jenis Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayman, BMW 530E, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz.

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah.

“Selain itu, nombor pendaftaran tidak sepadan dengan sistem, nombor pendaftaran palsu serta ‘trade plate’ tiruan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPJ Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Aedy Fadly turut memaklumkan bahawa operasi itu juga mendedahkan kemungkinan kewujudan kenderaan klon melalui ketidakpadanan nombor casis dan penggunaan nombor pendaftaran palsu.

“Pasukan JPJ sedang menjalankan siasatan terperinci ke atas beberapa kenderaan disyaki ada kaitan dengan sindiket kenderaan klon.

“Malah, kita tidak menolak kemungkinan kenderaan yang menggunakan ‘trade plate’ palsu juga terbabit,” katanya.

Berhubung pemilik kenderaan terbabit, beliau mengesahkan bahawa terdapat dalam kalangan mereka yang merupakan individu ternama dan selebriti, namun identiti mereka tidak didedahkan kerana siasatan masih dijalankan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, tidak kira siapa pun mereka.

“Lagi dikenali, lagi besar tanggungjawab mereka untuk menunjukkan contoh kepada masyarakat.

“Alasan seperti terlupa memperbaharui LKM, tidak boleh diterima. Kalau selepas disita, boleh pula segera bayar dan perbaharui… kenapa tidak dibuat lebih awal?” katanya, merujuk kepada alasan yang sering diberikan oleh pemilik kenderaan hanya selepas ia disita.

Tambah beliau lagi, JPJ turut menerima laporan daripada orang awam mengenai kenderaan mewah yang masih beroperasi di jalan raya walaupun tanpa cukai jalan dan insurans yang sah.

“Operasi ini dijalankan hasil risikan dan maklumat orang ramai. JPJ akan terus melaksanakan Ops Luxury secara berkala demi memastikan integriti sistem pengangkutan negara kekal terpelihara,” katanya.

Menurut beliau, tindakan penyitaan melibatkan seluruh negara dengan bilangan tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur dan Selangor, masing-masing sebanyak 17 kenderaan.

Negeri-negeri lain yang turut terlibat ialah Pulau Pinang (14), Perak (11), Johor (10), Kedah (9), Pahang (5), Melaka (5), Negeri Sembilan (4), Kelantan (3), Terengganu (2), Sabah (2), Perlis (1) dan Sarawak (1).

“Kesemua kenderaan berkenaan kini disimpan di depoh JPJ dan akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peraturan berkaitan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang awam untuk menyalurkan aduan mengenai pelanggaran undang-undang lalu lintas melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau menerusi e-mel ke [email protected] dengan maklumat lengkap.

Sumber: BH Online
Foto sekadar hiasan, imej dijana oleh AI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Trending Mon, 27 Aug 2018

Kenyang Sampai Tertinggal Anak Di Kedai Makan

Disebabkan pelanggan ramai, saya tidak tahu kanak-kanak ini datang daripada pelanggan yang mana, sehinggalah akhirnya dia tertidur sebab keletihan…

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Trending Mon, 27 May 2019

世界上最潮湿的村庄!一年330天都在下雨

世界上一个潮湿的村庄!一年中330天都在下雨,但村民依然不愿搬走。

Hiburan Thu, 24 Nov 2022
Featured Tue, 27 Apr 2021

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara […]

Hiburan Sun, 12 May 2019

Sebab ‘Sesungguhnya 2019’, Alif Satar Terkejut Tengok Jumlah Subscribers Di Youtube!

Terbaiklah Alif & kumpulan Raihan, syukur Alhamdulillah!

error: Content is protected !!