Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin June 27, 2025 @ 7:56pm

Bila Meja Makan Jadi Runway Paling Stylish, Rico Rinaldi Bawa Gaya Elegan!

Siapa kata gaya hanya untuk ke majlis atau pentas peragaan? Kini, gaya elegan boleh singgah terus ke meja makan, terima kasih kepada kolaborasi penuh gaya antara pereka fesyen terkemuka Rico Rinaldi dan jenama dekorasi mewah Objet Malaysia yang kembali dengan koleksi baharu dinamakan Serinity.

Pernah tampil dengan koleksi Gempita yang sold out dalam sekelip mata waktu Ramadan lalu, Serinity pula hadir sebagai ‘koleksi yang berjiwa lembut’ dalam siri ini.

Jika Gempita bagaikan pesta warna dan semangat raya, Serinity tampil lebih zen, lebih romantic dan sangat mendamaikan.

Diterjemahkan dalam bentuk pinggan, mangkuk, alas meja dan aksesori makan yang serba chic, Serinity ialah bukti bahawa rekaan bunga tak pernah basi, asalkan kena dengan sentuhan Rico.

“Saya memang minat motif floral, tapi kali ini saya nak hasilkan bunga yang ada cerita. Tenang, manis dan penuh rasa syukur, itu yang saya cuba bawa dalam setiap helaian dan cetakan Serinity,” kata Rico, berkongsi ilham di sebalik koleksi ini.

Serinity Dining Set ditawarkan pada harga RM259, lengkap dengan satu dinner plate, satu side plate dan satu deep plate. Nak lebih drama di meja makan? Tambah saja tablecloth, runner dan placemat yang juga tersedia secara berasingan.

Apa yang paling menarik, koleksi ini tidak dijual secara atas talian! Serinity hanya boleh dibeli secara fizikal di butik Objet seluruh Malaysia, bagi memastikan pelanggan dapat rasai sendiri pengalaman exclusive dan perincian rekaan depan mata.

Dengan gaya floral lembut dalam warna biru pastel, dan teknik cetakan premium, setiap item dalam koleksi ini bukan saja cantik di mata, tapi juga memberi vibe tenang dan penuh kasih sayang, sesuai untuk momen istimewa dengan keluarga tersayang.

Dengan rekod terdahulu Gempita yang terjual dalam masa singkat, Serinity dilihat bakal mencipta gelombang sama. Koleksi ini bukan hanya untuk penggemar gaya mewah, tetapi juga bagi mereka yang melihat ruang makan sebagai tempat beremosi di mana cinta, cerita dan keindahan hidup diluahkan dalam bentuk paling artistik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sun, 27 Jan 2019

Ada Masalah Kesihatan Dan Pencernaan, Makanlah Sengkuang Cina

Khasiat Sengkuang Cina Membantu Selesaikan Masalah Kesihatan Dan Pencernaan

LIFESTYLE Tue, 13 Feb 2018

儿童玩手机不应超过17分钟

家长们注意了!一项全球研究的结果指出,儿童玩平板电脑或手机每日不应该超过17分钟,以避免孩子的实力严重受损。

Events Thu, 16 Apr 2020
Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

These 5 ‘Healthy’ Foods are Actually Really Bad For You

Some of these things are stuff we consume on a daily basis.

LIFESTYLE Tue, 5 Jun 2018

Lebih Ramai Pasangan Bercerai Disebabkan Alasan Tak Masuk Akal!

Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

LIFESTYLE Sat, 23 Feb 2019

Here are 5 Travel Tips for a Smooth Sailing Adventure

You’d be surprised how simple steps here and there can make such big changes to your entire journey.

LIFESTYLE Sat, 2 Feb 2019

Cara Mudah Cuci Baju Putih

Bila beli warna cantik putih bersih dah pakai dan basuh lelama warna baju kusam.

LIFESTYLE Tue, 6 Aug 2019

Awas! Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Ada Bahan Kimia Beracun

Sebelum membeli cari informasi tentang status produk kosmetik dan ubatan di laman sesawang rasmi NPRA

LIFESTYLE Fri, 16 Mar 2018

5 Tips Buat Suami Saat Isteri Sedang Hamil

Menimang cahaya mata memang menyeronokkan tetapi si suami jangan lupa panduan untuk lebih prihatin pada kehamilan isteri

LIFESTYLE Fri, 22 Dec 2017

Sebab Elakkan Makanan Warna-Warni Untuk Kucing

Elakkan Makanan Warna-Warni Untuk Kucing, Mungkin Berisiko Menghidap Penyakit Batu Karang

error: Content is protected !!