Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 8:26pm

Peminat Kagum Hisyam Hamid Kerap Cipta Momen Bersama Anak-Anak

Pelakon, Hisyam Hamid tampil memberi respons selepas mendapat pujian daripada individu yang mengakui kagum melihat selebriti itu sentiasa mencipta kenangan bersama anak-anaknya meskipun sudah berpisah bekas isteri.

Jelas Hisyam atau nama lengkapnya, Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 45, berkata dia berpegang kepada janji terhadap anak-anaknya untuk membawa mereka berjalan mengelilingi dunia.

“Admire you make time with your children. Create memories with them, cherish them,” kata individu berkenaan menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram (IG).

“Dua tahun lalu saya ada buat perjanjian, untuk bawa anak-anak saya tengok dunia. Selagi masih boleh, insya-Allah. Saya hanya berpegang kepada janji,” katanya.

Kenyataan Hisyam itu dimuat naik semula oleh seorang individu di platform Threads yang memuji aktor itu seorang bapa bertanggungjawab dan tidak ‘play victim’.

“Tengok ni, barulah janji yang dikotakan. Bukannya pum pang masa interview saja. Bila anak tuntut, dia tanya anak balik dan membuka ruang keceman. Jawapan Hisyam sangat bernas dan convincing, tahu-tahu dah holiday, tak ada pun play victim.. sangat gentleman,” tulis individu itu di Threads.

Mei tahun lalu, Hisyam mendedahkan rumah tangganya bersama bekas isteri, Rosmawati Hanafi terlerai selepas hampir 20 tahun berkahwin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Ayu Damit Dedah Pernah Tertekan Dikritik Tak Cantik, Dr Hisham Dzakiria Bantu Jadi Penyelamat

Sepanjang hampir 18 tahun berada dalam industri hiburan, Ayu Damit sering dilabel berimej kampung

Filem Thu, 23 Apr 2026

Teaser Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Kurang 24 Jam, Filem ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk

Filem seram Polong mula mencuri perhatian walaupun belum ditayangkan di pawagam apabila teaser rasminya berjaya meraih lebih 3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan.

Events Mon, 4 Nov 2019

Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019

Tapi Along tampak segak seperti Wak Doyok kan?

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Trending Mon, 2 Nov 2020
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

东于哲「30小时不睡觉」拍摄《黑白说》MV

东于哲暌违两年推出新歌《黑白说》回归本地乐坛!为了把MV呈现最好的视觉效果,两人和制作团体牺牲了睡眠时间,足足用了30个小时。

Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Jalankan Bisnes Bersama Kekasih Petanda Nak Melangkah Ke Fasa Seterusnya? Ini Respons Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad menafikan bisnes yang diusahakan bersama kekasihnya, penyanyi Raja Syahiran adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya. Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, […]

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
error: Content is protected !!