Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 1:00pm

Warga Emas Dihalau Keluar Surau, Fedtri Yahya Tampil Respons – “Seharusnya Masjid, Surau Jadi Tempat Berkumpul Paling Damai”

Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya tampil meluahkan pendapatnya apabila sepotong video memperlihatkan seorang lelaki telah dihalau keluar dari surau yang terletak di Bandar Rimbayu, Teluk Panglima Garang, Selangor baru-baru ini.

Kata Fedtri atau nama lengkapnya, Ahmad Fedtri Yahya, surau atau masjid adalah tempat berkumpul paling damai terutama untuk beriktikaf dan berehat dengan tenang.

Jelasnya, selain menjadi ruang rehat musafir terutama mereka yang bukan daripada golongan berada dan tidak mampu untuk menyewa hotel ketika dalam perjalanan maka, surau atau masjid  adalah tempat terbaik persinggahan mereka.

“Seharusnya surau atau masjid menjadi tempat berkumpul paling damai, iktikaf, recharge diri, tenang.

“Selain ruang rehat musafir, terutama yang bukan golongan berada. Tak mampu nak sewa hotel dalam perjalanan, maka masjid menjadi tempat singgahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Fedtri memaklumkan, tindakan beriktikaf dan menjadikan surau atau masjid sebagai tempat singgahan sekaligus dapa mengimarahkan kembali fungsi tempat ibadat itu selain digunakan utnuk solat berjemaah sahaja.

“Masjid akan imarah dan kembali kepada fungsinya. Bukan hanya solat jemaah.

“Isunya, ada segelintir yang tidak mesra. Sentiasa menutup pintu. Kalau ada isu kecurian, elakkan tabungan fizikal. Lain kawasan lainlah corak pengendalian,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Fedtri menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads miliknya.

Terdahulu, seorang lelaki terkejut apabila seorang wanita menghalaunya menunaikan solat Subuh di surau berkenaan.

Menenrusi rakaman yang tular, wanita berkenaan mendakwa lelaki terbabit tidak dibenarkan untuk solat di surau tersebut kerana dia bukanlah penduduk di kawasan terbabit selain memkalumkan surau tersebut pernah berlaku kes kecurian.

@zam_haloTindakan seorang wanita menghalau seorang jemaah beriktikaf dengan membaca Al-Quran di dalam sebuah surau mengundang kemarahan ramai pihak.♬ original sound – ZAM HALO

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Trending Thu, 2 Apr 2020
Trending Fri, 30 Jul 2021
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Umie Aida Terima Banyak DM Dari Mangsa ‘Haruan Makan Anak’, Jadi Tempat Luahan – “Ada Yang Berubah Sampai Jadi Pengkid”

Umie percaya mesej yang ingin disampaikan dalam drama Keluarga Itu bergantung kepada kesediaan penonton untuk memahami realiti kehidupan

Events Fri, 24 Jun 2022

Sering Dikenenkan, Erra Fazira Akui Masih Solo Tapi…

Erra cakap buat masa sekarang dia tengah semak banyak ‘borang’ 🫣

Hiburan Mon, 23 Jun 2025
Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Trending Wed, 30 Jun 2021
error: Content is protected !!