Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 10:58pm

Fatima Nak Ke Disneyland Tokyo, Fattah Amin Akui Sudah Rancang Percutian Sekeluarga Tahun Ini

Pelakon terkenal, Fattah Amin mendedahkan dia sememangnya sudah merancang untuk membawa puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya, 5, bercuti ke Tokyo Disneyland tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, percutian itu turut akan disertai oleh ahli keluarganya yang lain, termasuk kedua ibu bapa dan adik-beradik.

“Memang dah ada perancangan nak bawa Fatima ke Tokyo Disneyland, tapi semuanya bergantung kepada jadual persekolahannya.

“Bila dah dapat tahu jadual cuti sekolah Fatima, barulah saya boleh susun semula tarikh percutian. Insya-Allah, kami akan ke sana tahun ini,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai isu peribadi yang dikaitkan dengan percutian tersebut, Fattah secara ringkas memberitahu perkara berkaitan keluarga lebih sesuai dibincangkan secara tertutup.

“Benda macam ni sebenarnya boleh saja disampaikan melalui WhatsApp. Tak perlu nak diperbesarkan,” ujarnya tenang.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan Fatima memujuk bapanya agar membawanya melancong ke taman tema popular dunia, Disneyland Tokyo.

Dalam video sama, Fatima turut meluahkan rasa sayangnya terhadap Fattah, mencuri perhatian ramai dengan keletah manja dan hubungan erat anak-beranak itu.

Artikel Berkaitan: Fatima Minta Pergi Disneyland, Fattah Amin Balas: “Kenapa Daddy Video Call Tak Angkat?”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

Featured Tue, 28 Oct 2025
Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Mon, 25 May 2026

Dekati Golongan Asnaf & Kurang Kemampuan, Quranic Madani Jadi Platform PU Riz Kongsi Pendidikan al-Quran

PU Riz meneruskan usaha dakwah dan pendidikan menerusi pelaksanaan program Quranic Madani yang dimulakan bersama penghuni rumah kebajikan, Rumah Titian Kaseh, baru-baru ini.

Featured Thu, 19 Jun 2025

Reward Diri Sendiri, Janna Nick ‘Unboxing’ Jam Tangan Jenama Mewah… Netizen Spekulasi Harga Cecah RM90,000

Janna Nick berkongsi jam mewah miliknya yang dibeli sempena sambutan hari lahirnya.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Ulasan Konsert: ‘Malam 3 Suara’ Satukan Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito… Kuasa Vokal Gegarkan Idea Live Arena

Malam 3 Suara bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah pengalaman muzik yang menghiburkan!

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

“Suami penyokong kuat saya” – Diana Danielle

Siapa sangka Diana Danielle sudah menjadi seorang pelumba kereta sekarang. Ikuti program Toyota Gazoo Racing musim kedua untuk melihat perkembangan si cantik manis ini….

Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!