Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 5:02pm

Aliff Aziz Kembali Memukau, Lepas Gian Buat Persembahan Di Singapura – “Ia Pengalaman Yang Sangat Menarik”

“Ini sesuatu pengalaman yang berbeza dapat meraikan muzik di tempat dan suasana yang berbeza”.

Demikian luahan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz  menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di platform media sosialnya baru-baru ini.

Meskipun lama menyepi dari industri seni, namun Aliff masih tidak mengecewakan peminat apabila tampil membuat persembahan di Marina Quay, Olympic Walk, Singapura.

Katanya, ia adalah satu pengalaman menarik kerana dapat menghiburkan semua penonton yang hadir dalam suasana yang sedikit berbeza.

“Ia adalah satu pengalaman yang menarik kerana dapat membuat persembahan dalam suasana yang berbeza.

“Terima kasih kepada saudara saya, @hrxxs kerana dapat berkongsi pentas dan kepada semua yang hadir,  saya harap dapat menghiburkan anda smeua dalam waktu  yang singkat ini,” katanya.

Menerusi hantaran yang kongsikan di ruangan Instagram Story nya, Aliff turut mendendangkan beberapa buah lagu anataranya, Rindu Setengah Mati (D’Masiv), Hanya Rindu (Andmesh Kamaleng), Kasih Tak Sampai (Padi), Bila Cinta (Gio), Sedang Apa Dan Dimana (Kerispatih) dan Jealous (Labrinth).

Terdahulu, pada 20 Jun tahun lalu, pasangan selebriti itu dilihat hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menyambung proses bon jaminan berkaitan kes yang dikatakan berlaku di sebuah kondominium eksklusif di tengah ibu kota.

Laporan media ketika itu menyebut seorang pelakon lelaki bergelar suami orang dan pasangannya, seorang aktres popular, ditahan selepas disyaki tinggal bersama di kediaman mewah tersebut.

Difahamkan, serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Pasangan yang ketika itu sedang sibuk dengan komitmen penggambaran drama, dipercayai dicekup di unit kondominium milik pelakon wanita berkenaan.

Susulan kejadian hangat itu, Aliff dan Ruhainies segera tampil memberikan penjelasan masing-masing menerusi hantaran di Instagram dalam usaha meredakan kontroversi yang tercetus.

Aliff kemudiannya menegaskan, tiada sebarang perkara sumbang berlaku antara dirinya dan Ruhainies sewaktu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 11 Oct 2018

Ikuti Pengembaraan Dora The Explorer Kini Di Malaysia

Jom ikuti pengembaraan Dora bersama Diego!

Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Thu, 29 Nov 2018

蔡健雅个人社交平台发布「遗书」歌迷涌入留言

自2015年后三年未发新片的蔡健雅,日前在个人社交平台发布「遗书」,让歌迷纷纷担忧涌入留言。

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Jadi Aktres Bukan Kerana Minat… Elfira Loy Buang ‘Introvert’, Sanggup Berlakon Demi Bantu Ibu Cari Duit

Elfira Loy mula berlakon bukanlah atas minat, tetapi lebih kepada usaha membantu ibunya,

Hiburan Thu, 14 Aug 2025
error: Content is protected !!