Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2025 @ 11:44am

Imran Aqil Muncul Hos Terbaharu Nasi Lemak Kopi O Mulai 2 Julai Ini

Program bual bicara pagi kegemaran ramai, Nasi Lemak Kopi O (NLKO), bakal menceriakan suasana dengan kehadiran hos baharu yang juga pelakon,  Imran Aqil, yang akan mula mengacarakan rancangan tersebut bermula 2 Julai 2025.

NLKO kembali bersiaran sejak Januari 2024 selepas direhatkan selama enam tahun, disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 10.30 pagi di TV9 dan turut boleh distrim melalui Tonton.

Dikenali dengan gabungan hiburan santai dan perbincangan isu semasa, NLKO menampilkan barisan pengacara versatil seperti Fizo Omar, Affiza Azmi, Fakhrul Radhi, Ahmad Barr, Muaz Mohamed, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

Imran Aqil, figura muda berasal dari Tapah, Perak, dikenali melalui program realiti dan kini aktif sebagai pencipta kandungan serta pengacara. Terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemanusiaan, kehadirannya dijangka membawa nafas baharu dan energi positif kepada NLKO.

“Saya amat bersyukur diberi peluang menyertai keluarga NLKO. Harapan saya adalah untuk menceriakan pagi penonton dengan perkongsian bermanfaat dan kisah inspirasi,” ujar Imran.

NLKO terus mengekalkan popularitinya dengan pelbagai segmen menarik seperti Isu Semasa, Aspirasi, Poket Suri, Solusi Resepi, Khabar Dari Palestin serta hiburan daripada busker tempatan.

Program ini juga memberi ruang kepada usahawan tempatan untuk berkongsi kisah kejayaan dan motivasi.

Jangan lepaskan penampilan sulung Imran Aqil bersama barisan hos NLKO yang lain yang pastinya menyajikan informasi, inspirasi dan hiburan untuk seisi keluarga.

Untuk perkembangan terkini, ikuti @TV9Malaysia di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 May 2022

Pengalaman Berdepan Kanser, Single Cinta Semalam Cerita Pengalaman Hidup Zul Ariff & Kamal Hamidi

Pengalaman berdepan dengan kanser menjadi ilham untuk duo Zul Ariff dan Kamal Hamidi tampil dengan single berjudul Cinta Semalam. Kini disahkan bebas kanser, Zul pernah menghidap kanser darah sekitar lima tahun lalu dan abangnya pula […]

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Trending Sat, 26 Jan 2019

《辛普森》恶搞复仇者联盟!萨诺斯弹指后剩下「她」

近日《辛普森家庭》也跟上《复仇者联盟》的趋势,让反派角色萨诺斯入镜,幽默的剧情让罗素兄弟也分享了呢!

Featured Fri, 5 Nov 2021

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment. Bangunan YG Entertainment […]

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Teruja Sampai Lupa Nak Beli Baju Raya, Doakan Abam!

Punya ler excited sampai terus lupa dibuatnya…

Trending Thu, 24 Jan 2019

Kerajaan benarkan syarikat bas naikkan tambang sebanyak 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Jika anda merancang untuk beli tiket balik kampung, jangan terkejut.

error: Content is protected !!