Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 1, 2025 @ 6:36pm

“Saya Kahwin Bukan Untuk Cerai” – Along Cham Dakwa Terima Bukti Isteri Curang

Isu cerai antara pelakon dan pelawak, Along Cham mendakwa dia memiliki beberapa bukti kecurangan isterinya, Afreena Suhaimi.

Dakwa Along, 42, dia kterkejut apabila bukti kecurangan tersebut turut diberikan sendiri oleh bekas suami Afreena.

“Saya sendiri terperanjat mendengar rakaman tersebut, tapi hakim perlu dengar.

“Saya juga dapat banyak info mengenai kecurangannya. Selain daripada bekas suami, orang yang pernah rapat dengannya juga,” dakwanya kepada pemberita.

Meskipun bersyukur kerana urusan perceraian dipermudahkan, Along bagaimanapun mendakwa sedikit ralat apabila tidak dimaklumkan mengenai kecurangan isterinya itu sebelum mereka berkahwin.

“Saya kahwin bukan untuk bercerai. Tapi nasi sudah jadi bubur.

“Kenapa mereka tidak memaklumkan mengenai perangai Afreena sebelum kami berkahwin.

“Tapi apa sahaj yang berlaku selepas ini, saya mahu lihat plot twist daripada pihak sana,” dakwanya.

Along berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa berhubung prosiding tiga sebab utama lafaz taklik berlaku terhadap isterinya itu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi ketika sebutan kes pengesahan taklik pada 10 Mac lalu membabitkan Along Cham dan isterinya ditangguhkan susulan kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan yang memerlukan plaintif (Along) membuat pindaan dalam dokumen tuntutan.

Muhamad Nazri memaklumkan, dakwaan yang dikemukakan haruslah dibuat dengan teratur  mengikut proses dan tanpa huru hara.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Featured Tue, 28 Oct 2025
Trending Thu, 24 Oct 2019

Hilton Eateries; Where Good Food Begets Good Memories

Date night? Anniversary dinner? Reunion? Or just a simple gathering? Hilton’s October promotion has got it all

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Fab Foodies! Fri, 17 Aug 2018

Jay Park’s Guide to Proper Soju Drinking Etiquette

Soju is more than just another alcohol; it’s South Korean culture.

Hiburan Fri, 3 May 2024
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

LIYANA JASMAY TAUKE AYAM?

Tapi apa pula konsep makanan kat sini? Makanan yang berkonsepkan malay-Indo food ini semestinya dapat memenuhi selera rakyat Malaysia.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Uyaina Enggan Lepaskan Peluang?

Wah, bertuah betul Uyaina ni kan, bukan sahaja cantik tetapi beliau sangat berbakat

Events Tue, 15 Oct 2019
error: Content is protected !!