Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 7, 2025 @ 1:24pm

Nadin Amizah Trauma, Dakwa ‘Disentuh’ Ketika Persembahan – “Rasa Kotor Dengan Tubuh Sendiri”

Konsert bertukar mimpi ngeri buat penyanyi tersohor Indonesia, Nadin Amizah apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu membuat persembahan di Pasar Senggol, Summarecon Mall Bekasi, baru-baru ini.

Menurut Nadin, insiden berlaku selepas sekumpulan penonton melanggar peraturan dengan merempuh kawasan pagar keselamatan dan menceroboh ruang yang telah dikawal ketat.

“Saya sangat kecewa. Kawasan itu sudah dipagar tapi mereka tetap rempuh dan tolak kami. Malam ini, ia terjadi lagi… tubuh saya yang saya jaga selama ini, disentuh tanpa izin,” tulisnya.

Lebih menyedihkan, Nadin mengakui dirinya masih belum pulih daripada trauma apabila perkara sama pernah menimpa dirinya sebelum ini.

“Saya marah sangat dengan diri sendiri kerana perkara ini berlaku lagi. Saya rasa kotor dengan tubuh sendiri. Kalian semua bukan peminat,” katanya tegas.

Ini bukan kali pertama pelantun lagu Bertaut itu menjadi mangsa gangguan seksual, sebaliknya sekitar September 2023, dia pernah berkongsi kisah sama ketika membuat persembahan di Bandung, Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 May 2024
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Comelnya Anak Kedua Waris, Tihani Izz Nina

Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan. Tahniah Waris dan Izzati!

Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

’Selepas Arwah Pergi, Kesihatan Ibu Terjejas’- Khir Rahman

Semoga keadaan Datin Fadilah baik-baik sahaja lepas ini…Insha Allah!

Trending Mon, 26 Jul 2021
Trending Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini!

Trending Wed, 2 Sep 2020

Permohonan Rayuan BSH Dibuka Sehingga 6 September

Perhatian buat pemohon rayuan BSH

Contest Sun, 1 Sep 2019

Korang Nak Tahu Siapa Pemenang #ICSYVMY #SuaraSiapaTu?

Jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri nama pemenang bagi episod 11 ICSYVMY

error: Content is protected !!