Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 9, 2025 @ 2:03pm

“Ingatkan Sekadar Datang Melawat, Rupanya Bawa Rezeki” – Dharma Harun Al-Rashid Terharu A. Aida Hulur Tawaran Berlakon

“Saya sangka dia cuma datang bertanya khabar. Tak sangka pula ada kejutan sebegini.”

Begitulah luahan jujur pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid, apabila dikunjungi penerbit terkenal Datuk A. Aida di kediamannya di Wangsa Maju, semalam.

Kunjungan yang disangka hanya sekadar lawatan biasa rupa-rupanya membawa satu peluang emas buat pelakon berusia 68 tahun itu apabila Dharma diberikan tawaran membintangi sebuah telefilem terbaharu terbitan A. Aida Production Sdn Bhd bertajuk ‘Kisah Cinta Kau & Aku’ yang akan memulakan penggambaran pada Ogos.

“Sejujurnya, saya fikir dia sekadar nak datang melawat, mungkin prihatin dengan keadaan saya. Tapi bila dia buka mulut dan tawarkan watak, saya terkedu.

“Apabila A. Aida memberi saya peluang ini, saya rasa terharu sangat. Dalam usia begini, tak sangka masih ada yang percaya dan sudi hulur peluang,” ujar Dharma.

Dharma ditemui XTRA di ketika A Aida dan anaknya, pelakon Azeva Natassha bekunjung ke kediamannya di Wangsa Maju, semalam.

Menurut Dharma, sudah hampir tiga tahun dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon, malah kesempitan hidup turut menjejaskan kesihatan dan selera makannya.

Walaupun kesihatan tidak sekuat dulu, Dharma tetap bersemangat untuk menerima cabaran dan berjanji akan memberikan yang terbaik dalam kemampuan dirinya.

“Saya masih boleh memandu, berjalan, malah bekerja seperti biasa. Cuma kalau berdiri terlalu lama memang rasa penat. Tapi saya akan cuba sedaya mungkin. Saya nak buktikan saya masih boleh menyumbang dalam industri ini,” kata Dharma.

Dharma kini tinggal bersama dua anaknya, Syafiq, 35, dan Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya sedang melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dalam pada itu, A. Aida menjelaskan, niat untuk menawarkan Dharma watak dalam telefilem berkenaan tercetus selepas membaca laporan media mengenai situasi sukar yang dialami pelakon berpengalaman itu.

“Bila saya baca kisah Dharma, hati saya tersentuh. Saya tahu Dharma pelakon berbakat besar.

“Kebetulan produksi saya sedang siapkan naskhah baharu, jadi saya minta pasukan olah semula skrip dan reka watak khas yang sesuai dengan keadaan beliau sekarang,” kata A. Aida.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, watak asal dalam telefilem tersebut adalah untuk seorang ibu, namun ditukar menjadi watak ayah demi memberi ruang dan keselesaan kepada Dharma untuk kembali ke set.

“Saya tak mahu beri tekanan kepadanya. Cukuplah watak itu ringkas, tapi bermakna. Saya harap ini sedikit sebanyak boleh beri dia semangat dan keyakinan untuk kembali berkarya,” ujarnya lagi.

Selain Dharma, Kisah Cinta Kau & Aku turut menampilkan Aniq Suhair dan Azeva Natassha, dan dijadualkan menjalani penggambaran pada pertengahan Ogos dan bakal ditayangkan di platform Salam HD.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Oct 2021

Positif Covid-19, TMJ Kini Sudah Pulih

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya kini sudah pulih daripada jangkitan COVID-19. Perkara itu dikongsikan TMJ menerusi ruangan Instagram Story dan turut mendedahkan dirinya mengambil masa dua minggu untuk pulih. TMJ berkongsi […]

Trending Mon, 17 Sep 2018

研究证实:男人出门前亲吻另一半,能赚更多钱、活更久

从今天起,请告诉你的另一半:我们来亲吻吧!这可不只为了增进你们的感情,更是为了能赚大钱,以及换取健康长寿。

Featured Sun, 12 Sep 2021
Hiburan Fri, 19 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Penuh Aura Bintang, Ini Peserta Bertuah Mara Ke Peringkat Top 20!

Top 20 XTRA XSTAR 2025 undian bermula pada 23 September ini!

Hiburan Fri, 4 Mar 2022
Featured Wed, 19 Apr 2023
Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Thu, 7 Mar 2019

滑溜溜大眼舍不得戳!萌系煎蛋太疗愈

除了利用不同的烹调方式料理鸡蛋,大家是否有尝试过改变煎鸡蛋的造型吗?

Hiburan Wed, 10 Sep 2025

“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

Pengurus Fattah Amin berharap ikatan perkahwinan Fattah dan Amira berkekalan hingga ke syurga

error: Content is protected !!