Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2025 @ 2:30pm

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Kahwin Sekufu, Syed Saddiq ‘Blushing’ Disoal Bakal Isteri Ada Keturunan Sharifah Atau Tidak?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas mengajukan soalan menarik kepada pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkenaan isu perkahwinan melibatkan keturunan Syed dan Syarifah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di platform Threads, Saddiq bertanya sama ada lebih afdal jika individu berketurunan Syed dan Syarifah berkahwin atau sebaliknya.

Namun, beliau turut menyatakan kefahamannya bahawa perkahwinan tetap sah selagi pasangan itu beragama Islam dan baik akhlaknya.

Menjawab persoalan yang diajukan, UAI sekaligus menjelaskan mengenai konsep sekufu yang jarang diberi perhatian dalam bab perkahwinan terutama dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

“Dalam Islam, sekufu bermaksud padan dari segi taraf. Seorang bapa tidak boleh memaksa anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tak sekufu dengannya, kecuali anak itu setuju. Kalau dia tak setuju dan pasangan itu tak sekufu, maka tidak sah perkahwinan tu,” katanya.

Dalam pada itu, UAI turut memperincikan penjelasannya berkenaan perkahwinan dalam kalangan orang biasa dengan individu yang berketurunan Syed atau Syarifah.

“Dalam kes Syed dan Syarifah, perkahwinan antara lelaki Syed dan wanita bukan Syarifah hukumnya harus dan tidak ada perbalahan isu dalam kalangan ulama.

“Yang menjadi perselisihan ialah apabila wanita Syarifah berkahwin dengan lelaki bukan Syed. Jika wanita itu suka, hukumnya sah dan dia dikahwinkan dengan wali mujbir (bapa atau datuk).

“Tapi kalau wanita itu suka, maka ia duduk di dalam perselisihan ulama. Dia seorang Syarifah kahwin dengan yang bukan Syed, sebahagian (ulama) kata sah.

“Tapi kalau dia tidak suka, bapa dia tidak boleh kahwinkan anaknya dengan yang bukan Syed, kerana yang bukan Syed tidak sekufu dengannya.

“Kalau sudah tidak sekufu, maka hendaklah dijaga kebajikan perempuan tersebut.

“Apabila ada perselisihan dalam kalangan ulama, hukumnya jadi luas. Maka perkara yang luas tidak perlu disempitkan.

Di akhir perkongsian, UAI turut berseloroh apabila bertanyakan kepada Saddiq sama ada calon isterinya kelak mempunyai gelaran Syarifah atau tidak.

“Bakal (isteri) ada Syarifah tak?” soalnya.

Saddiq yang malu diusik dengan soalan tersebut bagaimanapun membalas pertanyaan tersebut dengan sopan.

“PM tepi Ustaz, sebab tu saya tanya soalan ni,” tambahnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Apr 2026

Fazura Puji Amir Masdi Penyanyi Berbakat & Merendah Diri – “Semoga Dia Terus Berjaya”

Nur Fazura tampil memuji bakat penyanyi rock moden, Amir Masdi yang disifatkan sebagai seorang yang merendah diri.

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Kisah Viral Fri, 12 Jun 2020
Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

Trending Sat, 6 Apr 2019

‘Durian Tourism’ Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020

Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata bahawa pelancong yang akan menjadi sasaran mereka ketika inisiatif ni dilancarkan ialah China, Hong Kong, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Sim Tze Tzin juga berpendapat […]

Featured Tue, 26 May 2026
Hiburan Wed, 13 Aug 2025
Drama Fri, 13 Jan 2023

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3. Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat […]

Featured Wed, 30 Jul 2025
Featured Fri, 10 May 2024

“Mungkin Lepas Ni Saya Hidup Single”- Datuk Red Anggap Tiada Harapan, Reda Jika Bercerai Dengan Isteri Pertama

Allahu, kesian pula kat Datuk Red. Moga semua urusan Datuk dipermudahkan ya!

error: Content is protected !!