Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 15, 2025 @ 11:52am

“Ammar Ahyan Tu, Ya Allah ‘Brilliant’! – Nabil Ahmad Puji Cara Aliff Syukri & Shahida Didik Anak

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad meluahkan rasa kagum terhadap cara pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dalam mendidik anak sulung mereka, Ammar Ahyan.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok, Nabil berkongsi pengalamannya ketika pertama kali bertemu dan menemu bual Ammar di konti radio baru-baru ini.

Selain berasa kagum, Nabil mengakui Ammar seorang anak yang bijak dan baik. Malah, menganggap dikurniakan anak dengan peribadi terbaik adalah rezeki yang tidak ternilai.

“Saya kagum dengan mak dia sebab Ammar Ahyan itu, ya Allah ‘brilliant’.

“Dia seorang budak yang pandai dan baik. Rezekilah dapat anak macam itu.Dasyat,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil juga tersentuh dengan cara pemikiran remaja berusia 17 tahun itu yang menunjukkan nilai tanggungjawab  untuk menggembirakan ibu bapanya.

“Apa yang saya kagum sewaktu berjumpa dengan Ammar ialah, dia cakap, ‘Saya nak bawa mak dan ayah saya bercuti’.

“Bila dia kata begitu, saya ‘expect’ dia nak bawa bercuti ke luar negara tapi dia cakap nak pergi ke Langkawi.

“Tak akanlah ke Langkawi kan? Lepas itu dia kata yang dia mampu setakat ini hanyalah ke Langkawi.

“Maknanya, dia nak bawa mak ayah dia bercuti mengikut hasil pendapatan dia. Dan nanti kalau pendapatan dia dah banyak, barulah dia nak bawa mak dan ayah dia bercuti ke luar negara.

“Saya kagum sebab pemikiran dia dan bermakna cara Datuk dan Datin mendidik dia itu lain macam.

“Tak kenal maka tak cinta dan kalau tengok mungkin kita anggap mereka macam suka ‘berhuha huha’ tapi bila dah kenal, jadi hormat lah dengan cara mereka.

“Seronok jumpa insan sebegini, saya suka sebab dia ‘buka’ minda kita,” jelasnya.

@whodyanahz hebat didikan datuk alif syukri dan datin kpd ammar ahyan #alifsyukriterlajaklaris #fyp #terlajaklaris ♬ original sound – Dayanah

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Sep 2021

Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Untuk..

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan  kebenaran rentas negeri bagi tujuan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Langkawi. Menerusi kenyataan rasmi daripada MOTAC, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Bergabung Meletup” – Nyanyian Nuha Bahrin & Nissa Sabyan Buat Peminat Teruja

Wow!! Nuha duet dengan Nissa Sabyan guys! Letupss arab dia orang!!

Hiburan Mon, 13 May 2024
Hiburan Sat, 30 Aug 2025

“Tak Gentar Kalau Awak Saman, Saya Hanya Pertahankan Hak!” – Fara Salleh Bidas Shuk Sahar

Fara Salleh tepis dakwaan Shuk Sahar buat kenyataan tak berasas

Featured Wed, 1 Apr 2020
Hiburan Fri, 25 May 2018

Jangan Suka-Suka Guna Istilah Bufet Ramadan

Istilah atau perkataan lain yang turut dilarang digunakan ialah bufet berbuka puasa, makanan berbuka puasa, makanan bersahur, iftar dan seumpama yang membawa maksud sama.

error: Content is protected !!