Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 15, 2025 @ 8:55pm

Noorkhiriah Kongsi Berdepan Pengalaman Seram, Terbau Kapur Barus Dalam Kereta – “Pasang Ngaji Terus Iklan Pula..”

Pelakon versatile, Noorkhiriah berdepan detik cemas dan menyeramkan apabila secara tiba-tiba terhidu bau kapur barus ketika sedang memandu kereta.

Kata Khiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, kejadian berlaku pada waktu siang ketika dia dalam perjalanan pulang.

Meskipun takut, dia tetap memberanikan diri meneruskan perjalanan selama hampir satu jam dek kerana pada ketika itu jalan raya mengalami kesesakan teruk.

Apa yang lebih menakutkan, ketika aktres itu hendak memasang ayat-ayat al-Quran, radio secara kebetulan menyiarkan iklan.

“Bau kapur barus ikut balik. Kau orang boleh bayangkan seseorang bawa kereta, hujan, jalan sesak tiba-tiba bau kapur barus melekat dekat hidung. Bukan tengah malam tapi tengah jalan. Nak berhenti celah mana, jam sangat.

“Nak tak nak kena teruskan perjalanan, bawa kereta memang tak pandang cermin belakang. Jantung laju macam nak terbang. Lutut gigil, bau makin lama, makin kuat tapi tak busuk.

“Last-last buka lampu, buka tingkap, dada melekat dekat stereng kereta sebab memandu secara membongkok. Seram!

“Sampai highway duke bau hilang. Hampir satu jam berlawan dengan bau. Pasang mengaji boleh pula dia iklan. Serba tak kena. Sudahnya cuba pura-pura tak jadi apa-apa.

“Tarik nafas, senyum, zikir dari lapar terus kenyang,” katanya.

Perkara itu dikongsi Khiriah menerusi hantaran di Instagram Stroy miliknya.

Dalam pada itu, Khiriah menasihatkan agar orang di luar sana tidak memandu secara berseorangan kerana kejadian seperti itu tidak dijangka akan terjadi.

“Siapa yang belum kena jangan minta kena. Dan siapa yang dah kena macam saya, minta dijauhkan.

“Jangan memandu secara berseorangan seeloknya ada teman apa-apa jadi senang.

“Memang pengajaran betul, benda nak jadi dia tak ada bagi warning. Selama hari ini bawa kereta sampai utara, selatan tak ada jadi apa-apa,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Kalau Tak, Saya Nak Makan Apa?’- Altimet Nafi Kecil Hati Dengan Komen Netizen

Setiap benda yang saya buat mesti ada orang kecam. Jadi saya risau kalau buat sesuatu orang tak kecam, maknanya…

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Dituduh Tak Mahir Buat Kerja Dapur, Tya Ariffin Tampil Balas Komen Netizen

Amboi sedap mulut je cakap Tya tak pandai buat kerja dapur 😂 Steak Tya masak favourite Tokti okay 😏

Hiburan Wed, 23 May 2018

吴亦凡刷新个人纪录 新歌《Like That》美国双榜登顶

吴亦凡新专辑首支单曲《Like That》已全球上线,上线不到一个半小时,登顶美国iTunes总榜及美国iTunes Hip-Hop/Rap分榜,目前唯一登顶华人歌手。

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

HyunA Posts Cute Pictures of Date with E’Dawn in Japan

They look like any cute couple in love.

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

伍家辉首制音乐节目差搞砸!傅健颖不惜把新专辑押后

伍家辉首次制作音乐节目《调啤音乐人》差点搞砸!而制作人兼主持人之一的傅健颖不惜为节目把新专辑押后。

error: Content is protected !!