Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 15, 2025 @ 12:43pm

Insiden Serang Shila Amzah, Ibu Mohon Selesai Cara Baik – “Itu Orang Tua, Tak Tahu Apa Situasi Yang Dihadapinya”

“Itu orang tua dan kita tak tahu mood dan situasi yang dihadapinya  ketika itu”.

Demikian respons ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman ketika diminta mengulas mengenai insiden yang menimpa anaknya itu baru-baru ini.

Kata Fauziah, dia mendapat tahu mengenai kejadian serangan itu menerusi laporan berita tular.

Bagaimanapun, dia mahu anaknya itu mengambil tindakan bijak dan isu tersebut dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan undang-undang.

“Kalau boleh selesaikan isu itu secara baik dan di luar sahaja tanpa babitkan undang-undang. Sebab dia (penyanyi legenda) itu orang tua dan kita pun tidak tahu mood dan situasi dihadapinya ketika kejadian itu.

“Lagipun ia melibatkan dua nama besar. Saya harap isu itu dapat diselesaikan secara baik kerana ia ibarat bapa dengan anak.

“Tapi sebagai ibu, saya tetap sokong apa sahaja keputusan yang dibuat Shila,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pelantun lagu Patah Seribu itu akhirnya tampil membuka mulut mengenai insiden yang menimpanya pada Khamis lalu.

Jelasnya, individu yang dimaksudkan menyerang dan mengherdiknya ketika sesi latihan berlangsung tiada kaitan dengan penyanyi rock legenda, Datuk Awie.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Serang, Shila Amzah Buka Mulut – “Dia Bapa Kepada Nabila Huda”

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Syukur Konsert Berjalan Lancar… Siap Ucap Terima Kasih Pada Awie, Jaclyn & Ella

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolonglah! Jangan Kaitkan Nabila Huda” – Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN:Awie Nafi Terlibat Insiden ‘Serang” Shila Amzah – “Merangkaklah Cari Aku Kat Mahsyar”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tahulah Apa Nasib Kau Nanti!”- Herdikan Penyanyi Lelaki Legenda Buat Shila Amzah Rasa Gelisah!

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Sentuhan Fizikal Berlaku” – Insiden Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda, Polis Buka Kertas Siasatan 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 22 Feb 2026

Enggan Bersaing, Irene Catalina Mahu Kongsi Kegembiraan Syawal Dengan Pendengar… Lancarkan ‘Vibes Hari Raya’

Irene Catalina menghangatkan musim Raya tahun ini dengan single duet berjudul Vibes Hari Raya bersama Nuim.

Featured Wed, 13 Sep 2023
Events Mon, 26 Mar 2018

AV Actresses Who Just Debuted as KPOP Girl Group Releases First Song

People aren’t exactly happy about it though.

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Events Thu, 26 Jul 2018

Saksikan Filem Pulang Yang Pastinya Meruntun Jiwa Anda Hari Ini!

Berjaya membuka minda penonton tentang kehidupan sepanjang tiga era ini, Pulang sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang betapa besarnya pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu khasnya kehidupan sebagai seorang kelasi kapal.

Trending Sat, 21 Mar 2020
error: Content is protected !!