Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 14, 2025 @ 5:03pm

“Tolonglah! Jangan Kaitkan Nabila Huda” – Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah menegaskan agar orang ramai tidak mengaitkan aktres popular, Nabila Huda dengan insiden yang menimpa dirinya melibatkan penyanyi legenda, Datuk Amy Search baru-baru ini.

Menurut Shila, dia enggan mengeruhkan situasi yang berlaku selepas mengesahkan identiti penyanyi itu.

“Saya sudah cakap bahagian saya, mohon jangan kaitkan Nabila Huda dalam perkara ini. Tolonglah,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam masa sama, Shila mengakui, perubahan sikap penyanyi lagu Fantasia Bulan Madu itu membuatkan dirinya ingin mencari tahu punca di sebalik insiden dirinya diserang Khamis lalu.

“Dan lagi satu, cari tau benda dan tangan ajaib yang menyebabkan benda ini berlaku. Beliau tidak berseorangan.

“Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu beliau langsung tidak begini.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menyebut nama beliau secara terang-terang dan dalam keadaan penuh camera di hadapan saya malam tadi menjadikan ia lebih teruk,” jelasnya.

Terdahulu, penyanyi lagu Patah Seribu itu akhirnya membuka mulut mengenai siapakah gerangan penyanyi rock legenda yang menyerangnya ketika menjalani sesi raptai untuk Konsert Ulang Tahun ke-20 MR. D.I.Y pada Jumaat lalu.

Susulan insiden berlaku, pihak polis turut mengesahkan telah menerima laporan mengenai insiden yang berlaku sekaligus mendedahkan campur tangan masalah keluarga menjadi punca kepada serangan tersebut.

Namun, Shila bagaimanapun menepis dakwaan itu.

Malah, menyifatkan serangan yang diterimanya daripada penyanyi tersebut sebagai tindakan tidak profesional selain mencemarkan reputasi kedua belah pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jul 2019

A Happy Sweet 93 to the First Lady of Malaysia

She is incredible! She is admirable! She is remarkable! And she is definitely beautiful!

Featured Wed, 30 Mar 2022
Trending Fri, 26 Jun 2020
Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Events Tue, 2 Aug 2022

Dituduh Berhenti Mengejut, Fizi Ali Tampil Beri Penjelasan – “Saya Minta Restu Semua Pihak Sebelum Berhijrah”

Haa, Fizi Ali pun dah beri respons tu. Harapnya dengan penjelasan Fizi ini dapat meredakan suasana tegang.

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Remy Ishak Sudah Berkahwin?

Betul ke sudah bernikah secara rahsia selepas gambar memakai baju pengantin tersebar.

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
error: Content is protected !!