Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2025 @ 8:40pm

Arfie Shah & Aizat Saha Teruja Sertai Pementasan ‘Persiapan Seorang Aktor’ – “Teater Milik Semua, Bukan Hanya Untuk…”

Pentas teater bukan hanya milik pelakon yang berpendidikan formal dalam bidang itu, sebaliknya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berdisiplin dan benar-benar mencintai seni lakonan.

Itulah pendirian dua pelakon muda, Arfie Shah dan Aizat Saha yang kini membintangi pementasan Persiapan Seorang Aktor. Bagi mereka, teater bukan ruang eksklusif yang hanya dikuasai segelintir golongan.

Menurut Arfie, yang pertama kali melibatkan diri dalam dunia teater, tanggapan hanya pelakon berlatarkan pendidikan teater layak menguasai pentas itu perlu diubah.

“Saya tidak setuju teater hanya untuk pelakon teater. Bagi saya yang masih baharu pun boleh cuba selagi matlamat utama adalah untuk belajar.

Teater adalah platform terbaik untuk pelakon mengasah bakat dan belajar menjadi lebih berdisiplin,” katanya.

Tambah Arfie, keindahan teater terletak pada keaslian lakonan kerana setiap persembahan disampaikan secara langsung, tanpa ruang untuk suntingan seperti dalam drama mahupun filem.

“Apa yang berlaku di atas pentas itulah yang disaksikan penonton. Itu satu pengalaman yang sangat berharga dan berbeza dengan dunia drama.

Dalam teater juga kita ada banyak masa untuk berlatih dan setiap latihan itu akan melahirkan idea baharu yang mencantikkan lagi lakonan kita,” jelasnya lagi.

Walau begitu, Arfie mengakui bergandingan dengan nama besar seperti Nam Ron dan Aloy Paradoks dalam produksi ini bukanlah tugas mudah, malah menjadi cabaran paling besar dalam kerjaya lakonannya setakat ini.

“Ini teater pertama saya. Tapi saya perlu pastikan lakonan saya membantu memperkuatkan jalan cerita agar mesej yang ingin disampaikan sampai kepada penonton,” katanya.

Dalam masa sama, rakan seangkatannya, Aizat Saha turut berpandangan bahawa peluang dalam teater wajar diberikan kepada semua pelakon tanpa mengira latar pendidikan seni mereka.

“Asalkan ada minat dan komitmen, mana-mana pelakon boleh masuk ke dunia teater. Ia satu bentuk seni yang menuntut komitmen tinggi dan latihan yang berterusan,” ujar Aizat.

Berkongsi cabaran sepanjang latihan, Aizat berkata dia perlu membentuk disiplin diri dan menyesuaikan diri dalam kerja berkumpulan yang memerlukan kerjasama jitu.

“Jadual latihan teater sangat ketat. Kita juga perlu menjayakan watak dengan sepenuh rasa kerana ia dilakonkan secara langsung di hadapan penonton. Ia sangat mencabar dan mendidik,” jelasnya.

Persiapan Seorang Aktor yang akan berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) dari 18 hingga 21 Julai ini, menyelami perjalanan seorang pelakon lelaki yang obses memburu kesempurnaan, bukan sahaja dalam landskap seni tempatan, bahkan meletakkan sasaran melangkaui legenda teater dunia.

Pementasan ini menjanjikan naratif yang mengupas perjuangan batin seorang seniman dalam menyeimbangkan tuntutan emosi, spiritual dan mental dalam dunia lakonan yang penuh cabaran dan pengorbanan.

Tiket boleh didapati di laman web www.onetix.com.my dengan harga RM58, RM78 dan RM98.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 17 Dec 2025

Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin

Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?

Events Tue, 27 Feb 2018

Anda Rasa Diri Cool? Ini Mungkin 5 Rancangan Hot Wajib Tonton Anda

Wow! tonton bukan sahaja mengumpulkan pelbagai koleksi drama local malah, turut mengumpulkan pelbagai drama antarabangsa seperti Korea (annyeonghaseyo!), Thailand (Sawadekap), China dan juga India. Bukan itu sahaja, rancangan-rancangan ini boleh di tonton menerusi siaran HD! Mesti korang cair tengok muka pelakon favourite Korea korang kan? 

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Fri, 12 Aug 2022

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Wahhh! Kalau memang berjodoh apa salahnya kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Takziah! Bapa Mertua Achey Meninggal Dunia

Assalamulaikum, bapa mertua saya iaitu ayah kepada @anne_achey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 11.20 malam tadi

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Simpan Foto Lucah, Bintang Korea Ini Bakal Berdepan Tindakan Mahkamah!

Pihak berkuasa Seoul kini sedang meneliti foto-foto berkenaan dan buat masa ini Jung Joon Young telah ditahan.

Contest Tue, 6 Aug 2019

Dapatkan Klu Dan Menang RM2000 Dalam #ICSYVMY #SuaraSiapaTu

Jangan lepaskan peluang korang untuk bawa balik wang tunai dari kami!

error: Content is protected !!