Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2025 @ 9:38pm

Karya Komedi Islamik Thailand Sarat Nilai & Hiburan, Filem Isan Nikah Bakal Tawan Hati Penonton

Selepas kejayaan filem seram Islamik Khong Khaek tahun lalu, syarikat produksi dari Thailand, Monwichit Entertainment kembali dengan sebuah lagi naskhah segar dan menghiburkan bertajuk Isan Nikah.

Kali ini, mereka tampil dengan genre komedi berunsur Islamik yang bukan sahaja mencuit hati, tetapi turut mengetengahkan isu sosial yang jarang dibicarakan dalam sinema Asia Tenggara iaitu perkahwinan campur berlatarbelakangkan perbezaan agama dan budaya.

Diarahkan oleh pengarah berbakat Kriangkrai Monwichit, filem ini mengangkat kisah cinta antara seorang gadis Muslim dari Pattani, Sophia (lakonan Kamonporn Sangwatcharasoontorn), dan jejaka Buddha dari Isan, Bak Kai (Nattawut Sanyabut) yang akhirnya memeluk Islam demi menikahi kekasihnya. Namun, rintangan hadir dalam bentuk abang kepada Sophia, Bang Lee (dilakonkan oleh influencer popular Amadkuciasree Doloh @ Chalee), yang menentang hebat hubungan mereka kerana trauma silam.

“Isan Nikah adalah sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton apabila menampilkan kisah perkahwinan membabitkan perbezaan agama serta budaya, lalu diolah untuk menjadi sebuah kisah komedi yang lucu dan mencuit hati,” ujar pengarahnya.

Dibalut dengan elemen humor, Isan Nikah turut berjaya mengetengahkan budaya masyarakat Muslim di selatan Thailand, satu naratif yang jarang dipersembahkan di layar perak. Dari lokasi perkampungan yang autentik, makanan tradisional, sehingga ke bahasa dan gaya hidup masyarakat, semuanya disusun kemas dalam naskhah ini, menjadikan ia bukan sekadar menghiburkan, malah membuka mata tentang sisi lain masyarakat Thailand.

Apa yang membuatkan Isan Nikah lebih istimewa ialah keberanian pengarahnya menggabungkan elemen agama dengan komedi secara harmoni. Konflik yang dibentangkan terasa dekat dengan penonton dan disampaikan tanpa prejudis. Ia penuh sindiran sosial yang halus, tetapi tetap mengekalkan nilai kasih sayang, pengorbanan dan erti sebenar keluarga.

Filem ini juga mendapat sentuhan edaran tempatan oleh Empire Film Solution Sdn. Bhd. untuk tayangan di pawagam seluruh Malaysia.

“Namun, Isan Nikah ini kami lihat ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Selain sarat dengan komedi yang menghiburkan, ia mengetengahkan tentang budaya dan kehidupan masyarakat Muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan dalam sesebuah naskhah,” kata Pengarah Urusan Empire Film Solution, Mohamad Zubir Badar Shair.

Dengan kekuatan barisan pelakon hebat seperti Chatchai Chinnasri, Adull Borsu dan Mustakim Bahadon serta kombinasi visual sinematik yang memukau, Isan Nikah muncul sebagai filem wajib tonton yang membawa kelainan dalam sinema Asia Tenggara.

Isan Nikah bukan sekadar komedi ringan, ia adalah kisah tentang cinta, penerimaan, dan keberanian melangkaui batas budaya demi kebahagiaan. Jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam bermula 17 Julai 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Psst…Corat Coret ASK 2018

Korang perasan tak bila…

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Hasilkan Single OST Khilaf Asmara TV3, ‘Melepaskanmu’ Jadi Karya Terakhir Amylea Sebelum….

Penyanyi Amylea atau nama sebenarnya Amylea Azizan, 36, muncul dengan single Melepaskanmu yang juga ciptaan penuh olehnya dan bakal mengisi drama Khilaf Asmara sebagai lagu tema. Menerusi lagu ini, Amylea sekali lagi bekerjasama dengan syarikat […]

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Janna Nick Artis Paling Mahal?

“Saya mengamalkan win-win situation …”

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Alasan Dipecat Tak Munasabah, Bekas PA Jutawan Kosmetik Terkejut

Ahmaq Iqbal menerima surat dipecat serta-merta atas alasan gagal mengikuti skop kerja yang telah diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat di Wisma Vida Beauty Sdn. Bhd.

Featured Tue, 15 Jul 2025

“Ammar Ahyan Tu, Ya Allah ‘Brilliant’! – Nabil Ahmad Puji Cara Aliff Syukri & Shahida Didik Anak

Nabil menganggap dikurniakan anak dengan peribadi terbaik adalah rezeki yang tidak ternilai.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018
Featured Sat, 4 Apr 2026

“Perintah Hak Lawatan Anak Dilanggar Sebanyak 6 Kali, Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital Terhadap Fazura” – Peguam Fattah Amin

Akberdin mengakui disebabkan hak lawatan sering terhalang, ia sekali gus menjejaskan hubungan antara Fattah dan Fatima.

Hiburan Thu, 27 Jun 2024
error: Content is protected !!