Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 25, 2018 @ 5:11am

Overdose Dadah Punya Pasal, Demi Lovato Masuk Hospital!

Penyanyi Demi Lovato yang terkenal dengan lagu Give Your Heart A Break ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan.

Penyanyi berusia 25 tahun ini dikejarkan ke salah sebuah hospital di Los Angeles sejurus selepas ditemui.

Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles mengesahkan kepada AFP, bahawa seorang wanita dibawa ke hospital selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kediaman yang disyaki milik Lovato, tetapi enggan mendedahkan nama dan keadaan mangsa.

Laman berita selebriti TMZ turut menerbitkan rakaman audio satu panggilan kecemasan membabitkan seorang pemanggil yang dilapor memaklumkan Lovato berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Namun, beliau berjaya disedarkan selepas dirawat dengan Narcan, iaitu sejenis alat semburan bagi merawat individu yang mengambil dadah berlebihan.

Majalah People yang memetik sumber yang rapat dengan Lovato berkata, penyanyi itu berada dalam keadaan stabil dan dadah yang disyaki diambil bukan heroin, seperti yang dilaporkan oleh TMZ.

Sementara itu, wakil Lovato enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Sebelum ini, Lovato pernah mendedahkan mengenai masalah yang dihadapinya, termasuk bagi menangani ketagihan dadah, kemurungan dan gangguan pemakanan. – AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Momen DSV, Datuk Fazley Bertaranum Baca Al-Quran Curi Perhatian Ramai – “Nak Jadi Imam Kena Pandai Mengaji”

DSV dilihat tekun mendengar Fazley memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah

Featured Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Mon, 13 Dec 2021

“Rosyam Nor Pernah Cakap… Kalau Tak Dapat, Dia Nak ‘Ketuk’ Saya” – Zul Ariffin

Pelakon popular, Zul Ariffin masih teringat gurauan pelakon berbakat, Datuk Rosyam Nor ketika dia menerima trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) pada tahun 2014. Menurut Zul yang baru sahaja […]

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Ada Apa Dengan Sufi Rashid?

Lagi sebulan nak nikah, Sufi Rashid dihujani pelbagai dugaan.

error: Content is protected !!