Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 18, 2025 @ 4:43pm

“Ada Empat Pembantu Tapi Isteri Tetap Buat Sendiri” – Hafiz Mahamad Berang Syafiqah Aina Dikutuk Tak Layak Jadi Suri Rumah

Usahawan dan figura media sosial terkenal, Hafiz Mahamad meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mempertikaikan peranan isterinya, Syafiqa Aina sebagai suri rumah.

Menurut Hafiz, biarpun memiliki pembantu, Aina tetap memilih untuk menguruskan rumah tangga secara sendiri termasuk memasak dan mengemas setiap hari.

“Saya memang tak suka bila ada yang persoalkan usaha isteri saya. Ya, kami ada helper, tapi bab masak memang Aina tetap masak sendiri.

“Bab kemas rumah pun dia buat sendiri sebab dia puas bila semuanya ikut cara dia,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Lebih mengejutkan, Hafiz mendedahkan meskipun dia mempunyai pemandu dan empat pembantu peribadi, namun rutin menghantar anak ke sekolah tetap digalas Aina tanpa rungutan.

“Saya ada driver, ada PA… tapi setiap pagi Aina tetap bangun awal, siapkan anak-anak dan hantar ke sekolah sendiri. Itu tanggungjawab yang dia pilih untuk buat, walau saya tak paksa,” jelasnya.

Ujarnya, Aina seorang wanita berdikari dan sejak awal perkahwinan tidak selesa bergantung kepada pembantu rumah.

“Dari dulu Aina tak biasa ada maid. Saya yang nak bantu dia, tapi dia lebih senang buat sendiri. Yang arah maid buat itu ini, biasanya saya. Aina banyak settle sendiri,” katanya lagi.

Tambah Hafiz, bukan sekali dua dia menyaksikan sendiri kegigihan isteri tersayang, malah mengakui kagum dengan semangat wanita itu dalam mengurus rumah tangga.

“Saya sangat hormat Aina. Dia boleh buat semua sebab dia ada kemahuan dan usaha. Letaklah 100 maid pun, kalau tak ada effort, takkan menjadi.

“Usaha Aina untuk keluarga kami walaupun sekecil mana saya nampak, dan saya sangat hormat,” luahnya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Raisya Narisa dan Rayqal Arees.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jan 2020
Trending Tue, 17 Nov 2020
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Terbaik! Hasrat Eina Azman Bantu Kanak-Kanak Sakit Kulit Terlaksana

Selepas berbincang dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman turut membantu ibu mereka, Nurul Ain Abdullah mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Wed, 28 Nov 2018

黄鸿升、玉兔、李艳馨来马宣传《舞极限》

配合电影《舞极限》即将上映,导演李闳杰将于12月1日至3日,携演员小鬼、玉兔和李艳馨一起北中南马展开电影宣传活动。

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
error: Content is protected !!