Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 20, 2025 @ 3:55am

[VIDEO] Gayat Naik Cable Car, Netizen Kritik Tindakan Nelydia Senrose Peluk Lengan Hariz Hamdan

Pelakon Nelydia Senrose mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video di platform TikTok.

Video tersebut memaparkan Nelydia ketakukan ketika menaiki cable car.

Namun, apa yang menjadi perbualan hangat netizen adalah tindakan Nelydia yang telah merangkul dan memeluk lengan aktor, Hariz Hamdan dipercayai akibat terlalu takut berada di tempat tinggi.

“Stress aku shoot dengan dua orang gayat ni,” tulis Hariz di kapsyen video itu yang turut kelihatan bersama aktres jelita, Ezzanie Jasny.

Netizen mempersoalkan mengapa Nelydia sebaliknya tidak merangkul kepada individu wanita berada disebelahnya yang dipercayai pembantu peribadinya.

Malah, wanita itu juga dilihat sedang cuba menenangkan Nelydia yang menjerit berada di atas cable car itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Nelydia.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Nelydia, Hariz, Ezzanie dan Yusuf Bahrin, Seindah Hujan Cinta bakal bersiaran di Tonton.

Diarahkan oleh Nizam Zakaria, drama bersiri terbitan Country and Universal Sdn Bhd ini akan bertemu peminat bermula 21 Julai ini.

@harizhamdann

Stress aku shoot dengan dua orang gayat ni 😭. Saksikan Seindah Hujan Cinta bermula 21 July 2025. Hanya di tv3!

♬ original sound – Hariz hamdan – Hariz hamdan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Taeyang Kahwin Februari 2018

Pasangan ini bakal berkahwin pada bulan Feb sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Fri, 3 Nov 2023

“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Fuh tapi Tom walaupun dah 6 bulan mengandung tetap aktif atas pentas Famili Duo 3 kan!

Featured Mon, 25 Oct 2021
Hiburan Sat, 27 Apr 2024
Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

error: Content is protected !!