Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 20, 2025 @ 6:42am

“Ramai Orang Baik Dalam Dunia Ni” – Fazura Rasa Lebih Dekat Dengan Peminat Sejak Aktif Buat Live

Usahawan, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui dirinya kini lebih terbuka dan selesa berkongsi dengan peminat selepas mula aktif membuat siaran langsung hampir setiap hari di media sosial.

Menerusi ciapan di Threads, Fazura yang sebelum  ini dikenali sebagai figura yang sentiasa menjaga privasi, mendedahkan dia sebenarnya seorang yang sangat sukakan kehadiran orang sekeliling.

“Dulu Faz lebih private, tapi saya memang jenis yang suka jumpa orang. Memang excited bila ada meet and greet. Saya suka tengok senyuman orang, dengar kisah hidup mereka,” tulisnya.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, apa yang paling menyentuh hatinya bukanlah soal populariti atau sejauh mana orang mengenali dirinya, sebaliknya momen indah yang dikongsi bersama peminat yang memberi makna tersendiri.

“Apa yang istimewa bukan tentang karya saya diingati atau berapa lama diminati, tapi tentang cerita-cerita kehidupan peminat yang beri kesan dan jadi kenangan,” ujarnya.

Fazura turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat berhubung lebih rapat bersama peminat selain turut mengakui dia semakin terbuka mengenali lebih ramai individu yang positif dan memberi aura baik dalam kehidupannya.

“Sekarang bila dah mula live setiap hari, saya rasa makin dekat dengan lebih ramai orang. Ramai sebenarnya orang baik dalam dunia ni. Saya cuma perlu lebih terbuka dan pilih tenaga positif dengan hati-hati,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Jan 2023

Raih 1.3 Juta Penonton Dalam Sebulan, Aruma ‘Muak’ Dengan Kata-Kata Manis & Janji Palsu

Siapa yang pernah dikecewakan mesti boleh relate dengan lagu ni

Kisah Viral Wed, 17 Jun 2020
Trending Tue, 13 Feb 2018

BANGUNAN KWSP TERBAKAR!

Anda yang merancang untuk lalu Lebuhraya Persekutuan, kalau boleh elakkan ya buat sementara waktu. Diharapkan semoga tiada yang terperangkap ataupun tercedera.

Trending Fri, 4 Dec 2020

KWSP i-Sinar : Pertimbang Permohonan Bagi Kategori 2

Peka dengan syarat untuk memudahkan urusan…

Featured Sun, 2 Jan 2022

“Masih Mampu Tersenyum” – Lelaki Temui Semula Keretanya Hancur Musnah Selepas Dihanyut Banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi keadaan keretanya yang hancur berkecai akibat dipercayai dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong, Pahang. Video yang dimuat naik oleh @aimanxkesah92 itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Inspira yang […]

Cahaya Mata Thu, 1 Dec 2022
error: Content is protected !!