Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2025 @ 9:23am

Dakwaan ‘Penyondol’ Jejas Reputasi, Ganggu Kesihatan Mental… Alya Iman Buat Laporan Polis

Pelakon Alya Iman tampil mempertahankan diri dengan membuat laporan polis berhubung tuduhan yang mengaitkan namanya sebagai punca keretakan perkahwinan pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Menurut Alya, atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 24, dakwaan tersebut bukan sahaja menjejaskan reputasi sebagai anak seni, malah turut mengganggu kesihatan mentalnya.

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram Story, Alya menjelaskan dia terpanggil untuk bersuara selepas isu berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Akibat isu ini, saya menjadi sasaran tohmahan dan fitnah netizen yang menyebarkan pelbagai kenyataan tidak berasas, mencaci serta melabel saya.

“Segala tuduhan terbabit adalah fitnah yang mencemarkan nama saya. Disebabkan penyebaran fitnah ini, saya mengalami tekanan, kehilangan reputasi, dan kerjaya saya turut terjejas akibat kecaman terbuka oleh masyarakat.

“Spekulasi dan kata-kata kesat yang dilemparkan secara bebas dalam media sosial, berlaku tanpa sebarang bukti sah,” tulisnya.

Alya turut menjelaskan tindakan membuat laporan polis adalah sebahagian daripada usaha mempertahankan maruah diri serta memberi mesej tegas kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu secara semberono.

“Sebagai langkah mempertahankan diri dan maruah saya, saya mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan.

“Saya juga berharap tindakan ini dapat memastikan keadilan ditegakkan melalui saluran undang-undang yang sewajarnya,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Bersalah” – Alya Iman Kesal Dituduh Punca Keretakan Hubungan Zizi Kirana & Yusof Bahrin

Tambah Alya, tindakan undang-undang ini diambil bagi memberi peringatan agar semua pihak lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu maklumat, khususnya di platform digital yang sangat mudah mencetuskan viral tanpa kepastian.

“Saya tidak menafikan saya bukanlah insan sempurna. Namun, apa yang berlaku pada masa silam biarlah menjadi pengajaran.

“Saya memilih untuk tidak mengulanginya dan terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik. Akhir kata, saya mendoakan agar semua pihak yang terbabit akan diberkati dan diredai Allah SWT,” ujarnya lagi.

Dalam ruangan sama, Alya turut berkongsi gambar dirinya mengenakan kebaya hijau ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan polis terhadap dakwaan yang mencemarkan nama baiknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2024
Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Kongsi Jantina Anak? Nanti Dulu…

Saya sukakan kejutan. Kalau sebelum ini saya memberi kejutan kepada ahli keluarga ketika mengumumkan berita hamil, jadi untuk soal jantina, saya akan lakukan yang sama…

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Aiman Hakim Buka Mulut, Jawab Tuduhan Fathia Latiff

Diharap kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik okay!

Featured Fri, 14 Apr 2023
Trending Wed, 9 Dec 2020
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Johnny Depp Saman Bekas Isteri 50 Juta Kerana Kes Dera

Pelakon Hollywood terkenal Johnny Depp hari ini mengeluarkan  saman kepada bekas isterinya yang juga pelakon Aquaman iaitu Amber Heard berhubung kes penderaan yang melibatkan dirinya.

error: Content is protected !!