Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 23, 2025 @ 4:24pm

[VIDEO] Dipuji ‘Family Man’, Hisyam Hamid Yakin Fazura Tiada Niat Lain – “Tak Ada Salah Kalau Nak Puji”

Pelakon, Hisyam Hamid meluahkan rasa terharu selepas menerima pujian ikhlas sebagai lelaki ‘family man’ daripada aktres jelita, Nur Fazura baru-baru ini.

Menurut Hisyam atau nama sebenarnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, dia tidak melihat sebarang isu terhadap tindakan Fazura yang menyatakan penghargaan terhadap rakan artis yang pernah bekerjasama dengannya.

“Bagi saya, tak ada salah pun kalau seseorang nak memuji orang lain, lebih-lebih lagi perkara yang baik seperti peranan sebagai ibu atau ayah,” katanya.

Hisyam berpendapat Fazura memujinya selepas melihat sendiri bagaimana caranya melayan dan menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang.

“Saya ada tengok semula video siaran langsung tu, dia pun bercakap secara umum je. Kami pernah berlakon bersama, jadi mungkin dia tahu cara saya layan anak-anak.


“Saya yakin tiada niat lain. Cuma kadang-kadang peminat jadi terlebih teruja dengan apa yang dikongsikan tu,” katanya.

Mengulas gosip yang mengaitkannya dengan beberapa selebriti wanita, Hisyam mengakui statusnya sebagai duda mungkin menjadi punca namanya sering ‘dikenenkan’ dengan selebriti lain.

“Saya rasa isu ni timbul sebab status kami sebagai ibu atau bapa tunggal. Sebelum ni tak ada pula gosip macam ni.


“Tapi saya tak boleh nak kawal, cuma kalau boleh saya nak elakkan dari terlibat dalam sebarang kontroversi,” ujarnya.

Hisham berkata demikian ketika ditemui di malam gala dan sidang media filem Memori pada Selasa.

Ketika disoal mengenai reaksi anak-anak terhadap gosip melibatkan dirinya, Hisyam mengakui mereka turut mengikuti perkembangan tersebut menerusi media sosial.

Malah, anak lelakinya pernah menghantar pautan artikel kepadanya sambil berseloroh menyuruh dia “lari” apabila digosipkan dengan seorang artis wanita.

“Anak saya ada DM saya dan kata ‘Ayah… run!’. Saya anggap itu satu gurauan. Mereka sedang belajar menyesuaikan diri dengan fasa hidup kami sekarang.

“Malah, anak lelaki saya pernah cakap tak perlu kahwin lagi sebab saya dah ada semuanya, duit, anak-anak. Tapi mak saya cepat-cepat tegur, katanya janganlah cakap macam tu, ayah masih muda,” katanya.

Hisyam turut menegaskan sejak dahulu, keluarganya sentiasa menjadi keutamaan, selain cuba menjauhkan diri daripada sebarang kontroversi kerana ingin menjadi contoh terbaik buat anak-anak.

“Kalau orang perasan saya jarang timbul dengan cerita-cerita sensasi, itu bukan sebab saya ni baik sangat… tapi saya memang nak jadi contoh yang baik untuk anak-anak.


“Lagipun mereka dah besar, dah ada kawan-kawan yang kenal siapa saya. Jadi saya kena jaga juga mental dan emosi mereka,” jelasnya.

Sebelum ini,  Fazura menyatakan Hisyam adalah antara pelakon lelaki yang disifatkan sebagai penyayang dan mementingkan keluarga.

Pelakon Pisau Cukur itu turut berkongsi pengalamannya bekerja bersama Hisyam menerusi filem Dendam Pontianak, dan menyifatkan Hisyam sebagai pelakon yang mudah dibawa berbincang serta profesional.

Terdahulu, Hisyam mendirikan rumah tangga bersama Rosmawati Hanafi pada tahun 2006 sebelum berpisah pada Mei 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 18, dan Haydeen, 16.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Kisah Viral Mon, 9 Feb 2026

Gara-Gara Kontraktor, Madam Mariyah Rugi Lebih RM100,000 – “Tak Sampai Hati Nak Kata Ditipu, Tapi…”

Kontraktor yang sepatutnya menyiapkan ibu pejabat baharu Madam Mariyah didakwa gagal melaksanakan kerja seperti dipersetujui.

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Takut Di Saman Oleh Linda Rafar, Ramai Yang Mula Minta Maaf

Tindakan berani Linda menfailkan saman terhadap netizen mendapat pujian kerana Linda merupakan selebriti pertama berbuat sedemikian

Events Thu, 10 May 2018

Selebriti Teruja Tengok Persembahan Bruno Mars Live In KL

Konsert penyanyi terkenal, Bruno Mars di Axiata Arena, Bukit Jalil berlangsung dengan meriah walaupun keputusan pilihanraya belum diketahui lagi

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Sportingnya Aeril Zafrel Jadi Model Mascara

Suami menjadi model untuk kosmetik and produk tu pula mascara, so macam mana rupanya

error: Content is protected !!