Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 25, 2025 @ 10:25am

Muat Naik Video Fattah Amin, Amira Othman Guna Lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’ Raih Tumpuan Ramai – “Faham, Tak Selindung Dah…”

Penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan selepas memuat naik sebuah video memaparkan aktor, Fattah Amin.

Video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya itu memaparkan Fattah memakai baju lengan panjang berona biru sedang sibuk berborak dipercayai ketika melawatnya di hospital.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, namun Amira menggunakan lagu latar belakang ‘Jatuh Cinta Lagi’ milik penyanyi, Nadhif Basalamah.

Dalam video tersebut juga Fattah kelihatan ceria dan bahagia tertawa.

@amiraothmanofficial

♬ jatuh cinta lagi – Nadhif Basalamah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik Amira yang didakwa memberi bayangan dirinya ‘jatuh cinta’ dengan Fattah.

Sementara itu, aktor drama rantaian popular Keluarga Itu turut meninggalkan komen dengan menulis emoji ringkas memaparkan hati berwarna biru dan senyum love.

Manakala, adik Amira iaitu penyanyi, Irfan Haris turut menarik tumpuan yang seolah-olah memahami ‘hint’ yang diberikan oleh kakaknya itu.

“Tak apa guys, kita buat-buat tak faham saja la ek,” katanya ringkas.

Terdahulu, hubungan akrab antara Amira dan Fattah sering menjadi bualan hangat bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah turut menarik perhatian rakan-rakan selebriti.

Walaupun kedua-duanya belum pernah mengesahkan status sebenar hubungan mereka, ramai mendakwa mereka kini sedang dilamun cinta.

Malah, timbul juga spekulasi mengatakan satu tarikh istimewa sedang menanti mereka dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, ketika ditemui media semasa pelancaran single terbaharunya berjudul Dalam Sujudmu, Amira menafikan khabar angin mengenai tarikh istimewa itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Thu, 22 Aug 2024
Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

ZUL ARIFFIN ‘HADIAH’ ULANG TAHUN LOFA?

Mungkinkah fenomena #Lofattah bakal berulang kembali?

Featured Wed, 21 May 2025

“Tiada Lagi Kereta Sewa Untuk Dilenjan”- Zahnita Berjaya Beli Kereta Jenis SUV, Netizen Titip Kata Semangat

Zahnita kelihatan ceria sambil memegang jambangan bunga di samping kereta pacuan empat roda berwarna biru jenis SUV.

Hiburan Wed, 10 Dec 2025

“Tak Pernah Lupa Menyapa” – Caliph Buskers Puji Sikap Rendah Diri Mimi Fly

Caliph Buskers berkata Mimi tidak pernah melepaskan peluang untuk menyapa setiap kali bertembung

error: Content is protected !!