Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 28, 2025 @ 7:27pm

Rabbani Letak Syarat Tegas, Pihak Penganjur Janji Konsert Lebih Teratur

“Kami tidak akan janji ia seratus peratus sempurna”,  itu luahan Timbalan Pengerusi Universe Gateway, Zambri Mohd Isa susulan kekurangan pada Konsert The Journey Of Sound : Judika & Siti Nurhaliza yang berlaku pada tahun lalu.

Katanya, untuk Konsert Intifada Rabbani kali ini, prosedur serta sistem yang lebih teratur disediakan supaya segalanya berjalan lancar.

“Pihak kita ambil maklum tentang kegusaran peminat rentetan isu penganjuran konsert sebelum ini. Namun ingin saya maklumlan isu tersebut sudah pun selesai.

“Insya-Allah untuk konsert Rabbani ini kami akan lakukan penambahbaikan. Kami tidak janji akan seratus sempurna namun kami akan berusaha memanimakan kesalahan.

“Rabbani sudah sedia maklum tentang isu sebelum ini, kami sudah beri satu SOP yang jelas kepada mereka. Kali ini tempat tertutup dan harap masalah dapat diatasi,” ulasnya.

Zambri berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Intifada Rabbani yang diadakan di The Ruema Cafe, Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas lanjut, pihaknya juga tidak pernah melarikan diri daripada isu terbabit termasuklah sudah memulangkan kembali wang milik individu yang membuat aduan.

“Ada beberapa yang sudah menghubungi kami berhubung isu tersebut, kami juga sudah memulangkan sejumlah wang kepada mereka yang membuat aduan sebagai ganti rugi.

“Pihak kami juga tidak pernah melarikan diri dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya,” katanya.

Justeru, Zambri berharap penambahbaikan yang dibuat oleh pihaknya dapat mengembalikan semula kredibiliti Gateway Universe.

Sebelum ini, anggota Kumpulan Rabbani iaitu Azzadan menjelaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak penganjur demi menjaga nama baik kunpulan itu.

“Demi menjaga nama baik dan tidak mahu berdepan perkara berbangkit pada masa akan datang, kami meletakan syarat kepada penganjur.

“Antaranya, mempunyai perancangan lain atau plan B sekiranya tiket konsert tidak terjual.

“Saya percaya untuk memastikan konsert ini berjalan lancar, perlu ada sistem yang teratur dan bersepadu.

“Dan, pihak kami sedia maklum tentang masalah yang terpalit dengan syarikat ini, namun kami tidak mahu fikir perkara yang sudah lepas,” jelasnya.

Terdahulu, kontroversi membabitkan Universe Gateway timbul apabila Konsert Journey Of Sound: Judika & Siti Nurhaliza mendapat maklum balas negatif.

Ini termasuklah, masalah tempat duduk yang tidak sistematik dan ada pembeli tiket kategori VIP terpaksa duduk di zon yang lebih murah disebabkan kecuaian penganjur.

Dalam perkembangan lain, Konsert Intifada Rabbani bakal diadakan pada 20 September depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Tiket akan mula dijual pada 31 Julai ini di platform Ticket2u dan Fantopia.io

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Jun 2018
Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Trending Thu, 30 Jul 2020

Doa Hari Arafah Paling Mustajab

Jom sama-sama kita perbanyakkan doa di hari mulia ini..

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

TAHNIAH! NOOR NABILA BAKAL JADI IBU

Sudah hampir setahun  mendirikan rumah tangga, pasangan ini lantas tidak terlepas dengan soalan cepumas tentang cahaya mata

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

世界百大DJ艾维奇猝死 得年28岁

瑞典籍知名DJ艾维奇(Avicii)于21日凌晨惊传出死讯,得年28岁。他的死讯曝光后,震惊全球粉丝,大家也纷纷涌上他的社群网站上悼念。

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Hairan Raihan Bila Jumpa Jihan’- Netizen Puji Nyanyian Bersahaja Raihan, Jihan

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid popular, Raihan kan? Kumpulan lagenda yang mengangkat irama nasyid ini pernah mencetuskan fenomena pada tahun 90-an malah masih kekal diminati sehingga kini. Baru-baru ini, kumpulan Raihan teruja dapat […]

Featured Sat, 26 Apr 2025

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu OST Filem Gayong ini.

error: Content is protected !!