Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 29, 2025 @ 1:45pm

Didakwa Meroyan, Aliff Syukri Perjelas Sebab Marah Anak Ketika Live – “Kerja Ni Kita Sama-Sama Cari Duit”

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengejutkan ramai pihak apabila dilihat memarahi dua anaknya iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah ketika sesi live di TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi dua minit lebih itu, Aliff kelihatan menuding jari ke arah muka Qadejah sambil memarahinya.

“Kau dengan aku jangan macam-macam.

“Ada aku maki nanti. 10,000 tengok engkau. Kalau aku maki takut nanti. Tak payah nak ajar-ajar aku.

“Pernahkah kau live pukul 12? Boleh cakap begitu dengan aku. Aku tahu tak pernah lagi aku nak mengacau hidup orang,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff menegaskan, dia bukanlah sengaja memarahi anaknya itu melainkan mahu mereka merasa susah mencari duit dengan melakukan siaran langsung di TikTok.

“Papa tak marah, cuma Abah tak pernah pun suruh engkau (Qadejah dan Ammar) live sampai pukul 12 malam.

“Abah bukannya marah pun, kita sama-sama, kerja ni kita sama-sama cari duit.

“Melainkan Ammar Ahyan yang tak sekolah ni pernah ke live sampai pukul 12?

“Abah ni pukul 5 pagi dah bangun live. Cess paling lama pun sampai pukul 3 petang.. Siang malam pagi petang abah live,” jelasnya.

@dherbs.official Abah tahu timing anak nak live 😊 abah pun penat live hari hari #titkokviral #trending #ammar #aliffsyukri #foruyou ♬ bunyi asal – D’herbs Official

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan Aliff yang didakwa tidak menjaga maruah anak-anaknya.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jul 2019
Hiburan Thu, 5 Mar 2026

“Saya Trauma & Sekarang Masih Alami Vertigo” – Ezzanie Jasny Fobia Memandu Selepas Kemalangan

Bengkak di bahagian kepalanya sebenarnya masih belum sembuh sepenuhnya

Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

Featured Wed, 21 Jan 2026

“Bagi Sedekah Tak Perlu Tunjuk-Tunjuk”- Raja Ilya

Menurut Raja Ilya, tidak semua perkara dalam hidup itu  mudah dan setiap individu mempunyai niat serta cara tersendiri dalam melakukan kebaikan.

Hiburan Sat, 28 Feb 2026

“Perbuatan Yang Disengajakan Tak Layak Dimaafkan, Memaafkan Itu kerja Tuhan” – Izara Aishah

Pelakon Izara Aishah lantang menyuarakan pendapatnya berhubung isu sensitif melibatkan tindakan individu yang sengaja memijak al-Quran baru-baru ini.

error: Content is protected !!