Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 30, 2025 @ 9:46am

“Duit Dia Memang Banyak, Tak Payah Tunggu Sugar Daddy Bela” – Risteena Backup Ruhainies

Susulan dakwaan tidak berasas yang mengaitkan Ruhainies dengan ‘sugar daddy’, kakaknya yang juga pelakon, Risteena tampil mempertahankan adiknya itu daripada terus menjadi mangsa fitnah.

Menurut Risteena, pada awalnya dia enggan mencampuri urusan tersebut kerana merasakan perkara itu tiada kaitan dengannya. Namun, segalanya berubah selepas dia ditawarkan untuk menjejak salah seorang individu yang menyebarkan tuduhan berkenaan.

“Saya memang taknak masuk campur kes ni sebab kes ni bukan isu pasal saya.

“Tapi saya dapat tawaran untuk cari salah seorang yang komen fitnah. Saya hanya bantu apa yang boleh saja. Ada yang komen Ruhainies ada sugar daddy then #ytit,” katanya.

Dalam pada itu, Risteena turut meluahkan hasratnya untuk berjumpa secara berdepan dengan individu terbabit yang sanggup meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap adiknya.

“Saya sebenarnya teringin nak jumpa dia, tapi terpulang la kalau Ruhainies pilih wanita berkenaan untuk berjumpa.

“Kadang teringin nak jumpa orang macam ni untuk sembang je mcm mana mereka ada masa untuk komen macam tu,” jelasnya.

Tambah Risteena lagi, sebagai ahli keluarga, dia sendiri tahu betapa gigih dan kerasnya usaha Ruhainies dalam membina kerjaya seninya sehingga mampu berdikari tanpa perlu mengharapkan sesiapa.

“Yang tahu je tahu tu pun macam dia duduk satu rumah. Sebab tu nak jumpa dia.

“Kami yang family ni yang tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak. Tak payah sugar daddy bela dia,” ulasnya.

Risteena berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Story miliknya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Risteena menegaskan, sudah tiba masanya untuk Ruhainies mengambil tindakan tegas bagi menghentikan tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai anak seni.

“Sebelum ni rasanya kita memang dah ignore je. Cuma kali ni kita buat je sekali. Percayalah, next time dah tak ada lagi komen bukan-bukan.

“Kalau kita biar lagi kali ni, kita akan terus di buli. Kali ni kita tak nak lepas lagi supaya orang lain pun tak akan komen simply lagi dah. Itu yang saya tahu bagi yang bertanya.

“Dan pendapat saya juga, kalau kita tak ambil tindakan, orang akan fikir benda ni betul. Kita kena fight untuk diri kita dari difitnah okay,” tegasnya.

Terdahulu, Ruhainies menyorot perhatian ramai apabila berkongsi tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh individu wanita yang mendakwanya dibela sugar daddy.

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 May 2021

80 Peratus Sektor Awam, 40 Peratus Sektor Swasta Diwajibkan Bekerja Dari Rumah

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara MKN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia KKM hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata sebanyak 80 peratus pekerja sektor awam diwajibkan bekerja dari rumah. Manakala bagi sektor […]

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

大马环球音乐歌手与歌神张学友「相认」

阔別6年,万众瞩目的「歌神」张学友《A CLASSIC TOUR 学友•经典世界巡回演唱会》终于来到了吉隆坡站。与歌神同门的大马环球音乐旗下艺人歌手Eunice何沛璇、Alvin钟槿桦以及林文荪也纷纷籍此难得的机会到场师兄“相认”。

Featured Sat, 14 Feb 2026

Netizen Dakwa Lakonan ‘Kayu’ Meski Terima Banyak Tawaran, Fasha Sanda ‘Backup’ Sharifah Rose – “Dia Punctual & Rajin”

Pelakon versatile, Fasha Sandha tampil mempertahankan pelakon baharu yang juga seorang pempengaruh popular, Sharifah Rose.

Trending Thu, 6 Aug 2020
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

「马来魔」郑建威摘大马预选赛冠军!5月赴中国参赛

「马来魔」郑建威摘马来西亚预选赛冠军!5月初赴中国参加《中国新说唱》60 秒个人赛。

Featured Tue, 12 Jun 2018
Hiburan Thu, 19 Mar 2026
Trending Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!