Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 6, 2025 @ 10:56am

Terpalit Skandal Cinta Lokasi, Fajar Noor Mahu Perbaiki Diri – “Kita Manusia Pernah Buat Salah”

Penyanyi Indonesia yang digilap bakatnya menerusi program nyanyian realiti popular, Indonesian Idol iaitu, Fajar Noor enggan mengambil pusing terhadap kontroversi cinta lokasi antara dirinya dan juara program itu, Shabrina Leanor.

Kata Fajar ketika ditemui XTRA, hubungan yang terjalin antara dirinya dan Shabrina itu berlaku kerana kedua-duanya banyak menghabiskan masa bersama ketika menjayakan program berkenaan.

Bagaimanapun, Fajar enggan mengulas lanjut dan menganggap ia hanya masa lalu.

“Sempat (menjalin hubungan cinta), tapi itu masa lalu.

“Mungkin cinlok (cinta lokasi) kerana lama bersama dalam program tersebut,” katanya.

 

 

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai tindakan peminat yang memboikot dirinya akibat skandal cinta, Fajar menjelaskan dia tidak kisah dan hanya mahu jalan terus.

“Tidak mengapa, saya tidak kisah. Saya tidak rasa kecewa kerana saya ini jenis yang bertanggungjawab atas apa yang saya buat. Jadi, saya terima seadanya.

“Saya jenis yang jalan terus sahaja. Itu semua tanggungjawab juga. Jadi terpulanglah kepada orang mahu cakap apa pun,” jelasnya.

Fajar atau nama penuhnya, Fajar Nurdiansyah berkata demikian ketiak ditemui usai sidang media pelancaran lagu Menjaga Hati yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut, anak muda asal Medan, Indonesia ini menegaskan, kini dia mahu memberikan fokus terhadap kerjaya seninya sekaligus terbuka menerima segala kritikan.

“Saya melalui kontroversi ini sama seperti manusia biasa juga. Teruskan hidup, dan terima sahaja apa yang orang katakan.

“Kita pun manusia, pernah buat salah. Jadi sekarang saya ambil masa untuk baiki diri, hasilkan karya, dan fokus pada apa yang sedang saya usahakan.

“Saya mahu menulis lagu dan buat masa ini cinta-cinta itu saya tolak tepi dahulu,” ujarnya.

Sekadar info, Fajar terpalit kontroversi cinta lokasi bersama Shabrina selepas video dia sedang menata rias wajah Fajar sebelum  mencium penyanyi itu tular di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 20 Mar 2025

Selepas 7 Tahun, Shahrol & Ajak ‘Comeback’ Di Pentas Temasya Komedi Rakyat

Shahrol dan Ajak mengaku tidak wujud perasaan kekok apabila digandingkan bersama menerusi pentas Temasya Komedi Rakyat

Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Hiburan Thu, 12 Dec 2024
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Bahagia! Hasrat Abby Abadi Akhirnya Tercapai

Hasrat Abby Abadi untuk mengambil anak angkat bayi lelaki dimakbulkan dengan sekelip sahaja. Syukur ke hadrat ilahi.

Featured Mon, 6 Apr 2026

“Moga Kali Ni Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Saya & Anak-Anak Tunggu Awak Balik”- Nadzmi Adhwa

Nadzmi menitipkan doa buat isterinya itu sekali gus berharap misi kemanusiaan kali ini berjaya.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Ais Kacang一岁啦!407邀你一起同欢庆

为回馈听众这一年以来的支持,Ais Kacang将于本周六(4月7日),早上10时至晚上8时,在Level G2,West Entrance B,Publika举办欢庆活动,邀大家前来一起同欢共乐。

Trending Fri, 14 Nov 2025

REV Media Group Lebarkan Dominasi Digital Dengan Penguasaan Penuh The Vocket

Langkah strategik ini dijangka mengukuhkan lagi kekuatan REV Media Group dalam pasaran digital berbahasa Melayu

error: Content is protected !!