Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 7, 2025 @ 12:56pm

“Menjijikkan! Saya Rasa Tindakan Mereka Itu Tak Ada Otak” – Soo Wincci Kesal Tindakan Pempengaruh Beri Sisa Makanan Pada Gelandangan

“Saya tahu mereka berlakon dan sudah meminta izin tetapi mereka dah buat banyak kali sebenarnya tapi kali ini baru kena” itu luahan pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci apabila diminta mengulas mengenai tindakan tiga pempengaruh yang bertindak memberi sisa makanan kepada gelandangan baru-baru ini.

Berang dengan sikap yang ditunjukkan, Soo Wincci menyifatkan ketiga-tiga individu terbabit sebagai tidak mempunyai otak dan bertindak keterlaluan.

“Bila saya tengok tiga pempengaruh itu memang melampau! Bagi saya itu menjijikkan.

“Bagaimana mereka terfikir sanggup buat perkara begini. Sanggup berlakon demi content. Saya rasa tindakan mereka itu memang tak ada otak.

“Rata-rata rakan saya kata mereka sudah beberapa kali cuba buat perkara ini, cuma baru kali ini mengena,” katanya.

Soo Wincci berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Kerana Seorang Lelaki yang diadakan di Kuala Lumpur pada, Rabu.

Tegasnya, ketiga-tiga individu terbabit wajar dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran untuk mereka dan orang ramai di luar sana.

“Dan saya harap pihak  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysa (SKMM) cari mereka dan keluarkan tindakan saman. Kita kena ada kes sebegini untuk tunjukkan ia bukan sekadar konten. Ini adalah toksik, sebab perkara ini sudah banyak kali terjadi.

“Saya harap orang yang melakukan apa sahaja demi konten dan populariti digam, jangan tunjuk belas kasihan dan jangan bagi muka.

“Dan saya juga harap sesiapa sahaja tidak ulangi perkara ini kerana sudah terlalu banyak kandungan konten melampau yang dikongsikan dan ini akan menjadi ikutan generasi muda,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan tiga pempengaruh yang tular gara-gara memberi sebungkus nasi berlaukkan tulang ayam dipercayai sisa makanan mereka kepada golongan gelandangan, mengundang pelbagai kecaman hebat daripada netizen.

Bagaimanapun, selepas dikecam teruk di media sosial, ketiga-tiga individu terbabit akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka pada Selasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Munafik 2 Bakal Saingi Kutipan Hantu Kak Limah?

Pihak Skop Productions turut positif dalam jumlah kutipan memandangkan kutipan filem Hantu Kak Limah berjaya mencecah sehingga RM 32 juta.

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
LIFESTYLE Thu, 12 Jul 2018

Opps! Dulu Lain Sekarang Lain, Kami Senaraikan Lima Tanda Suami Sedang Curang

Bila si suami dah menunjukkan tanda ‘Dulu Lain, Sekarang Lain’, maka berjaga-jagalah ya kaum isteri. Untuk si suami pula, jangan pula ambil kesempatan pula. Awas! dah kahwin, buat cara dah kahwin ok?

Featured Tue, 10 Dec 2024

Zahnita Wilson Syukur Dapat Perintah Perlindungan Interim, Nekad Tuntut Cerai Secara Fasakh

Keputusan itu membuatkan dia merasa lebih bebas untuk keluar bersama anak-anak.

Featured Wed, 12 Nov 2025

Kamal Adli Curi Perhatian, Kongsi Momen Bersama Uqasha Senrose & Anak 

Uqasha & Kamal kelihatan tenang dan bahagia ketika meluangkan masa bersama anak mereka.

error: Content is protected !!