Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 12, 2025 @ 9:34am

“Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland” – Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin akhirnya bersuara menamatkan segala spekulasi panas di media sosial yang mendakwa ibunya, Azizah Abd Ghani, ‘menghina’ puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, dengan mengatakan anak kecil itu tidak cantik dan tidak pandai.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, memuat naik video Fatima berbual mesra dengan nendanya, sekali gus menafikan khabar angin yang bertebaran.

“Dah jangan gaduh-gaduh. Fatima okey saja dengan Nenda semua… tengah bincang nak pergi Disneyland,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Sebelum ini, rakaman siaran langsung bekas isterinya, selebriti popular Nur Fazura, yang disunting netizen tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan Fatima meluahkan rasa sedih kepada ibunya, mendakwa nendanya berkata dia tidak pandai dan tidak cantik.

Tidak berdiam diri, adik Fattah, Raihan Amin tampil menepis dakwaan itu di ruangan komen Instagram miliknya membalas komen individu.

Jelas Raihan, ibunya tidak pernah mengajarnya bercakap buruk, malah sering memuji Fatima yang petah bertutur dalam bahasa Inggeris.

Artikel Berkaitan: Adik Nafi Dakwaan Ibu Fattah Amin Kata Fatima Tak Cantik – “Ibu Tak Pernah Ajar Cakap Perkara Tak Baik & Menipu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

《决战好声》曹格战队学员林文荪大热姿态夺冠

来自大马斗湖沙巴的曹格战队学员林文荪,第二回合以盲选赛选曲《身骑白马》获得62%观众简讯投票率,大热姿态击败另一大热门Kenny刘国辉,勇夺《The Voice 决战好声》冠军!

Trending Sat, 29 May 2021

Filem & Drama Hebat Primeworks Studios Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan pengedar dan aggregator kandungan premium di Malaysia, Primeworks Studios. Bermula 1 Jun ini, penonton di Malaysia boleh mengakses lebih […]

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Selepas Rossa, Afgan Pilih Penyanyi Malaysia?

Saya harap impian dapat jadi kenyataan tidak lama lagi…

Hiburan Thu, 23 Apr 2026
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Emma Maembong Dan Syed Abdullah, Unfollow Diri Masing-Masing?

Haih, macam-macam lah cerita artis sekarang ni.

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

“Keep Guessing Guys” – Betty Rahmad Mahu Enjoy Moment Mengandung

Semoga segalanya dipermudahkan Betty! Apapun, Betty nampak comel sangat

Trending Fri, 5 Jul 2019
error: Content is protected !!