Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 12, 2025 @ 2:26pm

30 Tahun Cinta… Melly Goeslaw & Anto Hoed Naik Pelamin Lagi, Kongsi Bahagia Dengan Menaja 10 Pasangan Pengantin

Penyanyi dan komposer tersohor, Melly Goeslaw bersama suaminya, Anto Hoed, kembali bersanding sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-30 pada 10 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pasangan itu tampil anggun dalam busana pengantin berkonsepkan adat Sunda pada majlis yang berlangsung meriah di Bandung, Jawa Barat.

Dalam kapsyennya, pelantun lagu Ku Bahagia itu mendedahkan, majlis berkenaan turut menjadi medan untuk menzahirkan rasa syukur dengan menaja 10 pasangan pengantin.

“30 tahun bukanlah tempoh mudah untuk melalui suka duka rumah tangga. Saya pernah terdetik ingin merasai resepsi seperti orang lain kerana perkahwinan kami dahulu cukup sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Tidak sangka idea itu direalisasikan pasukan saya, dan dengan izin Allah SWT, pada 10 Ogos lalu kami diraikan dalam majlis kesyukuran atas kejayaan mempertahankan amanah ini.

“Kami menaja 10 pasangan pengantin dengan menanggung kos pendaftaran di Kantor Urusan Agama (KUA), menyediakan mas kahwin, hadiah, dan menyerahkan sepenuhnya hadiah daripada tetamu kepada pasangan berkenaan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan pasangan berbahagia itu dapat meraikan detik istimewa bersama kami,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

Untuk rekod, Melly dan Anto mendirikan rumah tangga pada 1995 selepas hanya tiga bulan berkenalan. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Nov 2019

Pemandu Terselamat Walaupun Kereta Terjunam…

Bahayanya! Mesti pemandu tak sempat elak…

Trending Thu, 29 Oct 2020
Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Betulkah Zara Zya Jadi Penyanyi?

Siapa sangka, pelakon kecil molek ini sudah tampil dengan single pertamanya berjudul, Tiada Dendam yang akan diperkenalkan di pelbagai platform digital bermula pada Jumaat

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Featured Thu, 12 Sep 2024
Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!