Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 14, 2025 @ 12:40pm

Nina Ismail Sabri Suka Anak Boleh Bertutur Dalam Bahasa Melayu – “Budak Sekarang Terlalu Ramai Yang Cakap English, Sayanglah…”

Anak sulung kepada mantan Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri meluahkan rasa senang dan gembira apabila anak perempuannya, Jeanelle Nika Mandagie kini sudah fasih berbahsa Melayu.

Menerusi hantaran di Threads, Nina memaklumkan dia suka mendengar anaknya itu bertutur dalam bahasa Melayu baku memnadnagkan kanak-kanak zaman sekarang lebih memilih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa haran.

“Saya suka dengar Jeanelle cakap Melayu. Dia guna bahasa baku.

“Budak-budak sekarang ramai yang bertutur dalam bahasa Inggeris tapi bagi saya sayanglah kalau mandarin dan sebagainya sibuk nak belajar tapi bahasa kebangsaan tidak,” katanya.

Kongsinya lagi, anak perempuannya itu sudah mula yakin untuk bertutur dalam bahasa Melayu selepas menghadiri beberapa kelas.

Malah, Nina berseloroh, dia kini lebih suka berleter kerana Jeanelle sudah mula memahami percakapannya.

“Dia mula mengikuti kelas Bahasa Melayu dan sekejap saja dia sudah lebih yakin untuk berbual dalam Bahasa Melayu.

“Ia juga membantu sebab bila saya membebel, entah kenapa bunyinya lagi sedap kalau dalam bahasa Melayu, jadi sekarang dia boleh faham dan balas.

“Kalau tidak, dulu macam membebel dengan pintu saja. Dia langsung tak ada perasaan dekat tepi tu sebab tak faham.

“Bila dia jawab balik dalam Bahasa Melayu, terus jadi tak marah. Dalam hati, ‘comelnya dia’..sebab dia kedengaran seperti sedang membaca sajak dengan bahasa bakunya,” jelasnya.

Sekadar info, Nina mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika yang kini berusia lapan tahun.

Nina kemudian mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Osman pada November tahun lalu dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Mar 2026

Linda Rafar Rugi RM500,000, Tertekan Hingga Makan Ubat Selepas Didakwa Ditipu ‘Datuk’

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas didakwa ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’ dalam satu urusan perniagaan. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak […]

Featured Wed, 14 May 2025
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Here’s the Full List of Winners at the 2018 Melon Music Awards

There are over 30 awards given out that night!

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Trending Mon, 7 Jan 2019
Hiburan Sat, 16 Mar 2019

‘Buat Yang Terbaik Ok Atikah…’- Awi Rafael Titip Pesan Buat Bekas Tunang

Semoga Awi dan Atika, semoga kalian terus tabah dengan dugaan kali ini, kita doa yang baik-baik buat mereka.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.

error: Content is protected !!