Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 16, 2025 @ 3:25pm

“Kalau Tahu Manisnya Berkahwin, Dah Lama Saya Kahwin” – Tiga Bulan Jadi Isteri, Eyka Farhana Luah Rasa Syukur

Pelakon jelita, Eyka Farhana menggambarkan tiga bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid sebagai sesuatu yang sangat indah.

Menerusi platform Threads, Eyka atau nama lengkapnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, mengakui dia akan berkahwin lebih awal sekirnya dia mengetahui nikmat mempunyai sosok suami disampingnya.

“Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin. Alhamdulillah, syukur Ya Allah,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, aktres drama rantaian Melur Untuk Firdaus 2 ini turut mengambil kesempatan untuk menitipkan kata-kata doa kepada mereka yang belum bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan untuk mencari teman hidup.

“Saya doakan semoga yang belumn jumpa jodoh akan jumpa yang terbaik untuk anda,” katanya.

Sementara itu, Eyka turut sempat memberi pesanan kepada pengikutnya di media sosial untuk sentiasa berkata perkara yang baik-baik kepada semua pihak kerana doa yang baik akan berbalik jua.

“Dalam hidup ini kena doa yang baik-baik untuk orang lain supaya benda baik akan datang kepada kita. Mendoakan untuk satu sama lain walaupun tak saling mengenali itu tidak salah.

“Sebab saya nampak kebelakangan ini banyak sangat orang doa benda yang tidak sepatutnya. Sentiasalah beringat untuk menjadi baik dan berkata baik dengan orang lain dan pada diri sendiri,” katanya.

Untuk info, Eyka dan Akhyar mengikat janji pada 2 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup selepas lima tahun menyulam cinta.

Pasangan ini terlebih dahulu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Jan 2021

PKP Tidak Akan Disambung Kecuali…

Stay Safe! #KitaJagaKita

Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Trending Wed, 30 Jun 2021

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah Diana 2021

Perghhh… Tahniah diucapkan!

Featured Wed, 20 May 2026

“Janganlah Potong Mood, Saya Ni Penggeli” – Abby Abadi Tegur Peniaga Guna Kotak Sangkar Hamster Bungkus Makanan

Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila makanan yang dipesan menerusi atas talian yang diterimanya dibungkus menggunakan kotak sangkar haiwan.

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Penantian 20 Tahun, Exist Kembali Kongsi Pentas

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Exist, Ajai mengesahkan kumpulan itu bakal membuat konsert reunion tahun ini. Selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan bersama, Ajai dan ahli kumpulan lain bakal mengubati kerinduan peminat dalam konsert itu […]

Trending Wed, 26 Aug 2020
error: Content is protected !!