Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 16, 2025 @ 10:23pm

“Tak Perlu Kutuk Atau Marah, Selepas Ini Tiada Lagi 4U2C” – AC Mizal Sebak Umum Konsert September Sebagai Pentas Perpisahan

Selepas lebih 30 tahun menjadi fenomena, kumpulan rap era 90-an, 4U2C akhirnya bakal dibubarkan selepas konsert terakhir mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Anggota kumpulan, Datuk AC Mizal, 53, berkata keputusan itu dibuat selepas mereka sepakat mahu menutup perjalanan seni 4U2C dengan meninggalkan memori indah buat peminat menerusi konsert tersebut.

“Tak perlu marah-marah, tak payah susah-susah kutuk. Konsert ini memang yang terakhir.

“Kami berlatih tiga jam setiap hari selama tiga bulan untuk 20 lagu lengkap dengan tarian koreografi. Semua ini hanya untuk anda, peminat kami,” katanya di Instagram (IG).

Dalam masa sama, AC turut berharap agar ramai peminat mereka akan membeli tiket ke konsert memandangkan itu adalah kali terakhir 4U2C bakal bergandingan dalam sebuah persembahan sebelum berpisah.

“Insya-Allah selepas ini memang tiada lagi 4U2C. Jadi, kalau nak tengok kami buat persembahan sebenar, datanglah ke konsert ini. Lepas tu masing-masing akan teruskan kehidupan sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, AC tidak menafikan persiapan konsert berdepan pelbagai cabaran, namun dia hanya mahu 4U2C terus diingati sebagai legenda hiburan tanah air.

“Memang banyak dugaan, tapi buat kali terakhir ini kami nak beri yang terbaik. Biar peminat simpan memori manis dan kenang kami sampai bila-bila. Sedih nak umum, tapi inilah konsert terakhir kami,” katanya lagi.

Bagaimanapun, konsert ini tidak terlepas kontroversi apabila komposer dan penerbit, Man Senoi mendakwa tidak pernah dihubungi pihak penganjur bagi mendapatkan kebenaran menggunakan ‘sound audio’ serta rakaman milik mutlak syarikatnya, Zman Productions.

Untuk rekod, 4U2C pernah bernaung di bawah label Zman Productions milik Man Senoi bersama Ramziah, namun kerjasama itu tidak bertahan lama selepas album kedua kumpulan itu.

Pertikaian akhirnya dibawa ke mahkamah dengan keputusan memihak kepada Zman Productions.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Mar 2024

“Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Ingat! perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan🔥🔥🔥

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Pulak dah, tak pasal-pasal nama Ustaz Kazim tercemar sama. Berpada-pada gais sebelum ‘menembak’ tuu..

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

Featured Tue, 5 Sep 2023

Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Apabila otai berbicara memang padu lahhh ❤️‍🔥❤️‍🔥 3 bulan belajar ilmu poligami saja tak cukup ya 🫢

Trending Sat, 18 Jul 2020
Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya, Dahlia Rizal.

error: Content is protected !!