Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 18, 2025 @ 1:33pm

“Jangan Datang Hari Ini & Harap Dilayan Macam Tak Pernah Pergi #KifarahIsReal”- Rita Rudaini

Pelakon popular, Rita Rudaini sekali lagi meraih perhatian selepas berkongsi beberapa hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Rita seolah-olah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang cuba mendekati anak-anaknya.

Jelasnya, individu terbabit tidak sepatutnya berasa hairan jika tidak dipedulikan, malah perlu belajar menghormati keberadaannya terlebih dahulu sebelum mengharapkan perhatian.

“Bila awak tak beri apa-apa, tak usah hairan kalau awak tak dipeduli.

“Jangan risau, anak saya takkan perasan pun kewujudan awak.

“Untuk yang tak pernah hadir waktu perlu, jangan terkejut bila tiada tempat dalam cerita. Saya ajar anak kenal nilai, bukan sekadar kenal nama,” katanya.

Tidak habis disitu, Rita turut menggunakan hashtag #Kifarahisreal pada setiap hantarannya.

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana kecanggihan teknologi pada masa kini membolehkan individu berkenaan masih mampu mengenali anak-anaknya walaupun dari jauh.

“Dulu awak memilih untuk tidak ada. Sekarang, terimalah bila dia tdak perlukan.

“Jangan datang hari ini dan harap dilayan macam tak pernah pergi.

“Dan, syukur pada teknologi setidaknya wajah anak masih boleh dikenali dari jauh. Kalau tak sebab sosial media sialp-silap jumpa anak pun tanya ‘anak siapa ni?’,” jelasnya.

Terdahulu, pada Sabtu, Rita menyifatkan individu tersebut tiada sebarang hak untuk berada dalam kehidupan anak-anaknya apatah lagi cuba mendekati mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:“Awak Tak Bawa Manfaat Pun, Jangan Dekat Dengan Anak Saya!” – Luah Rasa Berang, Hantaran Media Sosial Rita Rudaini Raih Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Oct 2023
#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

AIR ASIA’S BIG BOSS SAID, “I DO”

Mr Fernandes wanted to keep this wedding of his hush hush. Set in the scenic Cote D’Azur, in the southeast corner of France, the VERY private wedding held last weekend was attended by close family and friends only.

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat…

Tak apa Kak Intan, kami doakan anda temui kebahagiaan hakiki…Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat sana nanti. Insha Allah. Kuat untuk anak-anak ya kak!

Trending Thu, 16 Aug 2018

4 Gambar DiKongsi Sebelum Kematian

“Pria pada beberapa kesempatan menjadi penguasa nasib mereka”, Tetapi setiap momen tidak selalu sama dengan ungkapan Shakespeare.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Trending Tue, 10 Sep 2019

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ?

error: Content is protected !!