Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 18, 2025 @ 5:15pm

Bukit Bintang Bergegar! Ajak Peminat Berdangdut, Ratusan Peminat Serbu Persembahan Haiza

Penyanyi Haiza melahirkan rasa syukur dan gembira apabila impiannya untuk membuat persembahan di lokasi ikonik Bukit Bintang akhirnya tercapai.

Penyampai radio Kool 101 ini menganggap pengalaman itu amat berharga buat dirinya yang sudah hampir tiga dekad bergiat aktif dalam dunia seni.

Meraih sokongan serta tepukan gemuruh orang ramai, Haiza mempersembahkan Dag Dig Dug 3.0, Seperti Mati Lampu, Bintang Kehidupan dan banyak lagi.

“Sejak lama saya menyimpan impian untuk mengadakan persembahan di Bukit Bintang. Bagi saya, acara seperti ini adalah hiburan untuk semua kerana sesiapa pun boleh datang dan menikmati persembahan tanpa bayaran.

“Sepanjang karier, inilah kali pertama saya beraksi di sini. Untuk menjayakannya, kami turut melalui prosedur yang betul termasuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa,” jelasnya.

Haiza berkata demikian selepas menghiburkan ratusan peminat menerusi acara Busking Bersama Haiza di Bukit Bintang pada Sabtu lalu.

Acara Busking Bersama Haiza di Bukit Bintang turut mendapat sokongan daripada stesen radio Kool 101 dan Indigital Music.

Selain Haiza, rakan selebriti lain seperti Datuk Aznil Nawawi, Muaz dan Hariz Fayahet turut turun padang.

Mengulas tentang sambutan luar biasa yang diterima, Haiza mengakui dirinya terharu dan terkejut dengan sokongan padu peminat.

“Rasanya macam artis antarabangsa pun ada, sebab begitu ramai penonton dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Arab, Brunei dan lain-lain. Mungkin mereka kebetulan melancong, jadi turut serta menyaksikan persembahan saya.

“Respons penonton memang luar biasa. Mereka tak henti-henti menyanyi dan menari bersama. Semangat itulah yang membuatkan saya lupa penat dan benar-benar terhibur,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Apr 2018

Pesawat Terbesar Di Dunia Mendarat Di KLIA

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Featured Sun, 13 Aug 2023
Trending Thu, 18 Feb 2021

Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

Nampaknya ramai netizen bersetuju Shuk diberhentikan….

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Sun, 20 Mar 2022
Featured Thu, 9 May 2024
Featured Sun, 24 Nov 2024

Zul Ariffin ‘Tersasul’ Minta Doa Dikurniakan Empat Isteri – “Berdoa Pun Boleh Tersasul, Sebab Cuaca Kot”

Zul Ariffin mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek di platform media sosial miliknya.

Trending Fri, 8 Dec 2017

Caj Pindah Wang Segera Atas Talian Dimansuhkan Tahun Hadapan

Cas 50 sen untuk Pemindahan Segera akan diamansuhkan bagi pemindahan sehingga RM5,000 untuk setiap transaksi oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

error: Content is protected !!