Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 19, 2025 @ 1:25pm

Raikan 50 Tahun Karier Rajinikanth, Filem Tamil Coolie Gegarkan Pawagam

Filem aksi thriller Tamil berjudul Coolie lakonan legenda sinema, Padma Bhushan Rajinikanth, mula ditayangkan di seluruh negara bermula 14 Ogos, bersempena meraikan 50 tahun perjalanan seninya dalam dunia perfileman.

Karya arahan Lokesh Kanagaraj terbitan Kalanithi Maran ini turut menampilkan barisan bintang terkenal antarabangsa seperti Aamir Khan, Pooja Hegde, Nagarjuna Akkineni, Soubin Shahir, Shruti Haasan, Upendra, Reba Monica John, Kishore Kumar G. dan Sathyaraj.

Dengan durasi 169 minit, Coolie dipersembahkan dalam bahasa Tamil dengan sari kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta diklasifikasikan sebagai tontonan 18.

Filem ini mengangkat kisah seorang pekerja biasa yang bangkit menentang kerakusan dan korupsi demi membela golongan tertindas. Sarat dengan aksi mendebarkan, dialog berkesan, dan lakonan penuh karisma Rajinikanth, Coolie tampil sebagai naskhah berskala besar yang memukau penonton.

Paduan jalan cerita yang segar, aksi lasak menakjubkan dan gaya pengarahan bertenaga menjadikan filem ini antara karya paling ditunggu peminat.

Menurut Malik Streams Corporation Sdn. Bhd., selaku pengedar rasmi di Malaysia, Coolie telah mencatat rekod kutipan tayangan hari pertama tertinggi dunia bagi filem Tamil, sekali gus menegaskan pengaruh Rajinikanth di peringkat global.

Pengasas Malik Streams, Datuk Abdul Malik berkata pihaknya berbesar hati membawa filem ini ke pawagam tempatan.

“Sebagai pengedar rasmi, kami amat teruja kerana sambutan penonton di Malaysia sangat menggalakkan. Jualan tiket awal sahaja sudah melepasi 140,000, dan tempahan masih terus meningkat menjelang tayangan besar-besaran,” ujarnya.

Coolie kini boleh ditonton di semua pawagam utama seluruh negara bermula 14 Ogos.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 May 2026

“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Amir Ahnaf menjelaskan, dia tidak ralat melepaskan peluang keemasan membawakan watak Hang Tuah dalam teater ikonik muzikal Puteri Gunung Ledang.

Hiburan Tue, 4 Jun 2024
Trending Mon, 23 Nov 2020

SOP Rentas Daerah Kini Dilonggarkan, 3 Jenis Rentas Daerah Yang Dibenarkan

Korang yang nak rentas daerah atau negeri, wajib baca!

Trending Tue, 9 Oct 2018

Dua Individu Dilaporkan Meninggal Dunia Keracunan Makan Laksa, Kes Kini Dalam Siasatan

Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak  menjalankan siasatan berhubung kes yang melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa.

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

「漫威之父」史丹李逝世!享寿95岁

「漫威之父」史丹李(Stan Lee)12日逝世,享寿95岁。

Trending Tue, 3 Apr 2018

Bekas Isteri Nelson Mandela Meninggal

Wanita itu dimasukkan ke hospital Johannesburg awal tahun lalu kerana penyakit buah pinggang dan serta mengalami kesakitan pada salah satu kakinya.

error: Content is protected !!