Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 19, 2025 @ 6:50pm

“Kalau Betul Bagus, Nyanyi Dalam Longkang Pun Sedap” – Atilia Haron ‘Muak’ Dengar Alasan Penyanyi Salahkan Juruaudio

Penyanyi, Atilia Haron menegur sikap segelintir rakan seindustri yang gemar menyalahkan juruaudio apabila persembahan tidak kedengaran seperti diinginkan.

Menerusi hantaran di Threads, Atilia atau nama penuhnya Raja Putri Atilia Raja Harun berkata, dia sudah ‘muak’ mendengar alasan sama setiap kali penyanyi tidak puas hati dengan kualiti nyanyian mereka secara langsung di pentas.

Anak penyanyi senior, Salamiah Hassan ini turut berkongsi pesanan legenda muzik, Roslan Aziz yang juga bekas suami kepada penyanyi terkenal Sheila Majid mengatakan penyanyi yang bagus akan tetap kedengaran sedap meski tanpa juruaudio.

“Roslan Aziz pernah berkata, kalau kau nyanyi bagus, dalam longkang pun suara kau sedap. Jadi, tolong jangan terlalu bergantung pada bunyi luaran.

“Bergantung pada diri sendiri. Saya muak dengar penyanyi cakap bunyi teruk.

“Kesian juruaudio selalu kena, padahal korang yang entah apa-apa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 2 Jun 2019

5 Video Iklan Raya Ni Confirm Buat Korang Tak Sabar Nak Balik Beraya Kat Kampung!

Ada yang sedih, ada yang mencuit hati. Jom layan 5 iklan raya paling EPIK tahun ni!

Events Sat, 28 Sep 2024
Trending Wed, 23 Sep 2020
Selebriti Wed, 6 Sep 2023

“It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’

Alhamdulillah Tahniah! Semoga dipermudah urusan bersalin Izara 🫶

Trending Wed, 21 Mar 2018

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Events Mon, 28 Oct 2019

Mana Lagi Bahagia, Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Nak tahu dengan lebih lanjut, klik artikel diatas!

Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Tayang Mesej ‘Sweet’, Ameera Khan Sedang Angau Bercinta?

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian peminat selepas berkongsi gambar ‘screen shot’ perbualan rindu bersama seorang lelaki di Instagramnya. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), lelaki tersebut meluahkan rasa rindu dan ingin melihat wajah […]

Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

error: Content is protected !!