Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 20, 2025 @ 8:08pm

Kongsi Inspirasi Untuk Pembangunan Wanita Bestari… Erra Fazira Seru Kaum Hawa Seimbang Kerjaya & Keluarga

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira menegaskan wanita masa kini bukan sahaja semakin berani ke hadapan, malah bijak memanfaatkan peluang untuk menonjolkan diri serta menjana pendapatan dalam dunia serba mencabar.

Berkongsi pengalamannya ketika sesi bual bicara di Seminar Pembangunan Usahawan Wanita Bestari 2025, Erra berkata wanita mempunyai kelebihan tersendiri.

“Saya berkongsi mengenai transformasi wanita. Saya kongsi perkara asas yang ada kena mengena dengan diri saya, tentang perkembangan ekonomi wanita, bagaimana saya menggalakkan wanita lebih berjaya dan maju di zaman teknologi.

“Wanita hari ini lebih berani menonjolkan diri dan ramai juga yang cemerlang di institut pengajian tinggi. Tetapi sudah tentu persaingan sangat tinggi,” kata Erra.

Seminar Pembangunan Usahawan Wanita Bestari 2025 ini dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama PUSPANITA Jabatan.

Selain Erra Fazira, penyanyi Zur Eda turut memberikan perkongsian di seminar yang menghimpunkan lebih 400 peserta dengan fokus memperkasa wanita dalam bidang perniagaan berasaskan ekonomi Islam digital patuh syariah.

Erra turut berkongsi yang dia berbangga dengan kaum hawa zaman kini yang mampu melakukan pelbagai perkara dalam satu masa.

Namun dalam masa yang sama, Erra mengakui wanita tidak lari daripada cabaran emosi dan dilema membahagikan perhatian antara kerjaya serta keluarga.

“Fitrah seorang wanita, kadang-kadang beremosi. Kita sesama wanita harus beri galakan dengan wanita lain.

“Kadangkala, kita berbelah bahagi, sama ada ingin mengejar kerjaya atau menunaikan tanggungjawab kepada keluarga. Bagaimana kita sebagai wanita mahu memainkan peranan agar dua aspek penting itu tidak ketinggalan dan berada di paras seimbang,” katanya.

Menurut penganjur, acara ini bertepatan dengan hasrat kerajaan di bawah Dasar Wanita Negara dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang mengutamakan pemerkasaan wanita sebagai pemacu pembangunan ekonomi negara.

Didukung oleh MEEM Gold, Yayasan Mahabbah Malaysia, Nona dan Mingguan Wanita, seminar ini turut menjadi medan untuk peserta memperkukuh jaringan, menimba ilmu dan mempersiapkan diri dengan strategi bagi menghadapi cabaran ekonomi era digital.

Dengan moto “Wanita Sepakat Negara Meningkat”, PUSPANITA berharap program sebegini terus membakar semangat wanita untuk tampil lebih proaktif, kreatif dan inovatif, sekali gus menyumbang kepada pembangunan keluarga, komuniti dan negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Feb 2021
Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Hukuman 10 Tahun & 3 Sebatan Digantung, Da’i Syed Dibebaskan Sementara Selepas 21 Hari Dalam Penjara – “Ada Keadaan Istimewa”

Da’i Syed perlu melaporkan diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam antara 1 hingga 5 haribulan setiap bulan bermula Mac 2026

Hiburan Fri, 20 Feb 2026
Trending Thu, 23 Aug 2018

Grisly End to Superbiker After Being Dragged by Car for 2km on Highway

The freak accident is definitely not a nice way to go.

Events Tue, 25 Feb 2025
Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Teruja Bawa Watak Rashid Sidek, Kim Azzim Anggap Filem ‘Sentuhan Wira’ Sebagai Pencapaian Besar Dalam Karier

Bakal membawa watak legenda badminton Datuk Rashid Sidek, Kim Azzim bersyukur & teruja atas kepercayaan yang diberikan.

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Tipulah Saya Tidak Terasa Hati Apabila…” – Ayu Damit Jadikan Ejekan Pembakar Semangat

Ejekan yang dilemparkan ke Ayu Damit digunakan sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

error: Content is protected !!