Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 2:13pm

Ellie Suriaty Tak Kenakan Caj Bayaran Pada Artis Yang Datang Kelas Lakonan – “Perkara Yang Saya Mahu Bawa Mati Adalah Ilmu Yang Bermanfaat”

Dramatis popular, Ellie Suriaty mendedahkan tidak pernah mengenakan bayaran terhadap mana-mana aktres mahupun aktor yang datang berguru dengannya.

Kata Ellie atau nama lengkapnya, Ellie Suriaty Omar, 53, dia tidak sampai hati mahu mengenakan bayaran kepada mana-mana artis yang datang sebaliknya menganggap itu adalah salah satu cara menyebarkan ilmu sekali gus sebagai bentuk sedekah darinya.

“Alhamdulillah, tak penat cuma kadang-kadang kita tak ada masa sebab tiba-tiba ada kerja.

“Tapi saya dah ada method macam ‘berapa hari awak ada masa dengan saya?’ At least ada dua jam maka dua jam lah jadi saya tahu macam mana saya nak tuned. Tapi kalau filem selalu saya coach cover to cover it takes 1 week t 10 days.

“Macam Mira Filzah suka datang dekat saya sejak saya coach dia dekat Munajat Kekasih filem Othman Ali jadi dia repeat. Bila saya ada masa saya akan luangkan masa untuk dia dan juga pelakon lain.

“Ramai juga dan saya tak charge. Izara Aishah masa dia buat comeback untuk Keluarga Itu saya tak sampai hati.

“Saya memang tak boleh. I Cannot. Tapi kalau produksi panggil saya charge sebab itu ada kontrak.

“Ramai sebenarnya yang datang belajar tetapi memang dari dulu saya tak ambil bayaran.

“Saya rasa tak boleh nak kenakan caj sebab rasa tak seronok,” katanya ketika ditemui usai majlis tayangan filem Paraxnormal, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-16 (FFM16) itu menjelaskan, antara tiga perkara yang mahu dibawa mati kelak salah satunya adalah, ilmu yang bermanfaat.

Tambahnya,  ilmu yang diajarkan tidak seharusnya dikomersialkan sehingga hilang keberkatan.

“Tiga perkara yang akan saya bawa mati, antaranya ilmu bermanfaat. Contohnya, Maya Karin pernah cuba bayar saya ketika dia buat filem Munafik 2.

“Dia siap datang pejabat, kejar saya dan paksa (terima bayaran), tapi saya tetap tak mahu ambil.

“Saya kata, biarlah ini jadi sedekah kerana ilmu itu boleh diwariskan semula pada orang lain,”jelasnya.

Selain Maya Karin, Ellie bersyukur kerana berpeluang untuk melatih pelakon hebat lain seperti, Izara Aishah, Mira Filzah, Datuk Remy Ishak,  Kamal Adli dan Siti Khadijah.

Dalam perkembangan lain, Ellie bersama pelakon hebat lain seperti Azhan Rani, Joey Daud, Epy Kodiang, Amir Nafis dan Kamarool Yusof  tampil menerusi filem Paraxnormal, sebuah karya seram psikologi komedi yang diterbitkan oleh Nanord Studio Production.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Trending Mon, 15 Oct 2018
Trending Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Betul Ke Haqiem Rusli Perasan Diri Bagus?

Haqiem Rusli dikecam oleh netizen kerana perasan bagus namun dia menyuarakan pendapatnya.

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上报名!

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上招募!

Featured Mon, 5 May 2025

Proses Pengesahan Perkahwinan Marissa, Aslam Ditangguhkan.. Mahu Cari Masa Sesuai Jumpa Abby Abadi

Aslam mengaku konflik keluarga sebelum ini berlaku atas kekhilafannya.

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Teruja Punya Pasal…Kak Lina Pom Pom ‘Ditegur’ Shuk Sahar?

Excited punya pasal, sampai terlupa tau!

error: Content is protected !!