Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 26, 2025 @ 2:52pm

Berang Wajah Suami Dikutuk Tak Kacak, Eina Azman ‘Sekolahkan’ Netizen – “Handsome Tapi Harap Isteri Kerja Siang Malam Buat Apa?”

“Kau orang nak yang handsome tapi handsome tak boleh hidang makanan atas meja” demikian respons pelakon Datin Paduka Eina Azman selepas wajah suaminya, Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet dikritik seperti orang Bangladesh baru-baru ini.

Menerusi hantaran di TikTok, Eina berkata, dia tidak perlu mendapat pengesahan daripada orang luar sama ada suaminya itu kacak atau sebaliknya.

Ini kerana, dikurniakan dengan dua cahaya mata yang comel sudah memadai sekaligus membuktikan dia dan suaminya tidaklah ‘buruk’ seperti yang didakwa segelintir netizen.

“Sorry kalau ada yang tak terima tapi bagi saya daripada dulu, muka yang penting kita rasa handsome cukup. Tapi kalau suami saya buruk tak adalah muka anak-anak saya comel. Alhamdulillah syukur sangat. Saya rasa Aubrey dan Karl tu satu kombinasi yang cukup cute, alhamdulillah.

“Kalau suami saya buruk tak ada lah anak saya macam tu? Sebab tu anak saya kombinasi saya dan suami.

“Yang cakap suami saya macam bangladesh tu anak kau cantik dan kacak sangat ke?

“Saya geram bila baca komen negatif. Bila tunjuk dekat suami saya, dia ketawa saja.

“Tapi saya sebagai seorang isteri terkesan kerana suami saya tidak kacau kalian pun,” katanya.

Mengulas lanjut, Eina atau nama lengkapnya, Ainur Syakina Azman, 30, menegaskan,  rupa kacak tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.

“Guys kalau handsome pun buat apa kalau malas kerja? Kalau handsome harap muka sahaja tapi bini kena kerja siang malam buat apa? Kalau handsome tapi player cap  gayung buat apa? What’s the point?.

“Kau orang nak yang handsome tapi handsome tak boleh hidang makanan atas meja. Memang lah handsome tapi dekat luar ber- i love you dengan orang lain. Yang muka buruk pun tak sedar diri, apatah lagi muka handsome.

“Alhamdulillah, Aubrey dan Karl Allah bagi sama rata. Seorang lagi mini saya dan seorang lagi mini suami saya,” jelasnya.

Terdahulu,  Eina meluahkan rasa geramnya itu selepas menerima komen negatif mengenai rupa paras suaminya ketika mengadakan sesi siaran langsung bersama-sama baru-baru ini.

Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga bersama Kaisaer pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dengan dua cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia sembilan tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Kenapa Menangis Depan Saya?’- Naz Rahman Terkejut Didatangi Individu Tak Dikenali

Benar kata orang, kita akan dapat tahu segala kebaikan seseorang setelah dia meninggal dunia.

Featured Sat, 17 Dec 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Elvina Mohamad Mula ‘Peka’ Siapa Kawan Siapa Lawan

Ada yang meminta saya meninggalkan suami selepas apa yang berlaku sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar. Aduhai…kenapa sampai begitu sekali. Perlu ke seorang kawan berbuat macam itu?

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tarian ‘Jeng Jeng Jeng’ Jadi Bahan Gelak, Ini Respon Penari…

Ia mungkin menjadi ‘salam perkenalan’ saya untuk melangkah masuk menjadi pelakon. Saya memang minat untuk serius dalam bidang lakonan.

Featured Fri, 21 Oct 2022
error: Content is protected !!