Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 26, 2025 @ 2:23pm

AC Mizal Terkilan Konsert 4U2C Jadi Sasaran Kecaman Netizen – “Bila Ada Komen Tak Sepatutnya, Anak-Anak Kami Mula Bertanya…”

Pengacara popular dan anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal, 53, meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang mengecam penganjuran konsert WE 4U2C Live In Concert.

Menurut AC, komen negatif yang ditinggalkan netizen bukan sahaja menjejaskan semangat mereka, malah memberi kesan emosi kepada beberapa anggota kumpulan sehingga ada yang mengalami tekanan perasaan dan jatuh sakit.

“Saya terkilan apabila ramai mengecam konsert ini. Komen negatif itu akan dibaca oleh keluarga dan anak-anak anggota 4U2C. Ada ahli kumpulan yang murung, ada juga jatuh sakit.

“Sejak sidang media lagi kami sudah jelaskan tujuan konsert ini hanyalah untuk hiburan dan mahu generasi sekarang melihat bahawa 4U2C pernah wujud di Malaysia,” katanya.

AC ditemui XTRA pada acara Busking Bersama 4U2C di Bukit Bintang, baru-baru ini.

@xtra_my Satu Bukit Bintang bergema… Hehehe meriah malam ni bila abang-abang 4U2C turun padang busking bersempena konsert mereka yang bakal berlangsung pada 15 September 2025! #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Konsert WE 4U2C Live In Concert dijadual berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Tambah AC, mereka tidak mengharapkan semua orang menyukai 4U2C, namun memohon agar usaha untuk mencipta satu lagi kenangan manis bersama peminat dapat dihargai.

“Apabila ada komen tidak sepatutnya, anak-anak kami pun mula bertanya. Kami tidak minta orang luar menyukai kami, cukuplah sekadar menghargai dan menikmati pengalaman yang bakal tercipta.

“Kepada yang tidak suka, tidak mengapa. Tetapi jangan sampai melampaui batas. Sejujurnya saya sendiri tidak faham kenapa konsert ini jadi sasaran kecaman,” katanya.

Tambah AC, mereka tidak mengharapkan pujian tinggi daripada penonton, sebaliknya hanya mahu semua yang hadir menikmati persembahan istimewa yang mungkin menjadi penampilan terakhir 4U2C di pentas berskala besar.

“Konsert ini hanya berdurasi dua jam setengah. Selepas itu, tiada lagi konsert berskala besar untuk 4U2C. Rata-rata ahli kumpulan pun sudah berusia 50 tahun ke atas. Kami hanya mahu kalian meraikan satu lagi sejarah dalam hidup kami.

“Kami akan berusaha memberikan yang terbaik. Ramai tidak sedar bahawa tindakan mengecam itu sebenarnya satu bentuk buli maya. Budaya ini semakin menjadi kebanggaan sesetengah pihak yang gemar mengkritik artis.

“Saya selalu pesan kepada anggota lain supaya sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal. Jangan tumbang dengan komen negatif, terus fokus dengan konsert,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Jun 2021

“Ada Yang Kutuk Muka Saya Macam Tapak Kaki Jimin BTS” – ‘Oppa Malay’ Meer Nash Bersedia Terima Kecaman

Penyanyi Meer Nash bersedia untuk menerima kecaman apabila muncul dengan single baru berjudul Saranghae yang mempunyai elemen muzik K-Pop. Pernah menerima gelaran Oppa Malay ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim […]

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Saksikan ‘Madu Tiga Live In Concert’ Bersama MPO, PMX Hargai Legasi P. Ramlee

Karya Allahyarham P. Ramlee bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Trending Sat, 18 Jan 2020

Kurung 4 Kanak-Kanak Dalam Sangkar Kayu

Pihak berkuasa berjaya menahan 3 suspek yang didakwa melakukan kesalahan mengurung 4 orang kanak-kanak dibawah umur didalam sangar kayu dalam sebuah rumah di Alabama. Ketiga-tiga mereka telah ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan kanak-kanak selepas pihak berkuasa […]

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Kontroversi Yang Akhirnya Menjadi Titik Kebangkitan Fazura – “Skala Bahagia Saya Kini 10/10… Alhamdulillah”

Fazura menjadi perhatian bukan kerana kejayaan lakonannya, tetapi kerana kontroversi yang mengiringi perjalanan seninya.

Featured Wed, 27 Apr 2022
Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Inai Tersepit Pintu” – Netizen Terhibur Neelofa Buat Trend ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’

Wow, abang Bomba yang tolong Lofa ni rare eh, special! 🤣 Hanya dia saja buah hati pengarang jantung Lofa 🥰Gitewww 🤪

Featured Mon, 7 Jul 2025

“Hari-Hari Saya Akan Call Parents, Itu Dah Macam Ritual” – Alif Satar Anggap Kejayaan Dimiliki Berkat Doa Ibu Bapa & Isteri

Kunci disebalik kejayaan itu adalah meletakkan kemuliaan ibu, bapa dan isteri pada haknya.

Featured Tue, 13 Jan 2026

Zain Saidin Titip Kata Semangat Buat Kamal Adli, Harap Ada Hikmah Di Sebalik Ujian & Minta Peminat Berhenti Sebar Fitnah

Zain Saidin tampil menitipkan kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Kamal Adli susulan episod duka yang melanda rumah tangga aktor itu bersama Uqasha Senrose.

error: Content is protected !!