Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 26, 2025 @ 10:05pm

“Sweetnya!” – Jalan Berpegangan Tangan Dengan Jejaka Misteri, Fiza Halim Kongsi Momen Istimewa Sambut Hari Jadi

Penyanyi dan pelakon, Fiza Halim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi momen sambutan hari lahirnya bersama seorang lelaki dikenali sebagai Helmi menerusi TikTok.

Dalam video tersebut, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim dilihat mesra berjalan berpegangan tangan bersama Helmi di perkarangan sebuah hotel.

Bukan itu saja, bekas anggota kumpulan Elite ini turut memuat naik momen memotong kek sambil menitip ucapan penghargaan buat Helmi kerana meraikan hari istimewanya.

“Terima kasih kerana menjadikan hari lahir saya paling bermakna dalam tahun ini. Kini saya bertambah setahun lagi. Terima kasih Helmi,” tulisnya.

@fizahalimofficial

Thank you for making my birthday the most memorable day of my year… Another year older #birthdaysurprise 🎉🎁 Tq 🤍 @HelmiBoss79

♬ original sound – Fiza Halim Official – Fiza Halim Official

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menitip ucapan hari lahir buat Fiza.

Malah, ada yang mula berteka-teki mengenai hubungan Fiza dengan Helmi dan mendoakan agar mereka segera disatukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 12 Jun 2020
Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Wohooo, OAG Kembali ‘Mengganas’

Bajet sendiri, pengurusan sendiri, OAG belajar untuk menguruskan jadual sendiri tanpa bantuan pengurusan mana-mana label. Semoga album mini 02 Orang berhasil, yeay kami tak sabar!

Acara Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Thu, 26 Mar 2026
Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

“Susah Kalau Wajah Sama” – Adik Mahu Jadi Pelakon, Amir Ahnaf Beri ‘Tamparan Realiti’ Dalam Dunia Seni

Amir menyimpan impian besar untuk menubuhkan syarikat produksi muzik sendiri

Featured Tue, 23 Aug 2022
error: Content is protected !!