Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 27, 2025 @ 11:07am

“Abah Seorang Yang Pemurah & Suka Beri Makan Dekat Orang”- Ziana Zain

Pemergian bapa tercinta pasangan penyanyi popular, Ziana Zain dan Anuar Zain ternyata memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada rakan terdekat dan juga peminat-peminat.

Mana tidaknya, selain dilihat sebagai susuk seorang yang lemah lembut ketika menuturkan kata, Allahyarham juga sangat dikenali kerana rasa hormat dan kasih-sayang yang sering ditunjukkan oleh kedua-dua figura itu.

Menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, Ziana atau nama lengkapnya, Siti Roziana Zain berkata, dia bersyukur kerana urusan pengkebumian bapanya, Zain @ Zin Abdullah sangat dipermudahkan.

Kongsinya, sikap baik  yang sering dilakukan termasuklah selalu memberi makanan kepada orang dan sentiasa pemurah itu dapat dilihat di hari pengkebumian arwah memandangkan ramai yang datang hadir ke upacara tersebut.

“Abah tu urusannya sangat senang sebab saya percaya kerja dia sebagai polis selalu menyelesaikan masalah orang jadi dia kerja, diri Allah permudahkan.

“Dan Abah juga seorang yang pemurah dan suka bagi makan… tengok lah orang ramai macam mana hari ini. Alhamdulillah,” katanya.

Mengaku sedih, Ziana bagimanapun reda dengan ketentuan ilahi dan menyifatkan arwah adalah insan yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan seninya selama ini.

“Memanglah sedih, tapi saya kena set dekat kepala otak sebab doktor cakap, sonner or later sahaja. Cuma satu je, saya dah takde Abah. tinggal satu je. Ada  mak sahaja. Kita nak dua-dua kan (mak bapak) itu yang saya sedih

“Kita selalu rasa, abah sentiasa disisi kita walaupun dia terbaring lagi satu orang tak boleh buat apa-apa sebab masih ada abah. Allah dah ambil Allah punya.

“Tapi saya kena kuat saya masih ada mak, adik-adik, anak-anak. Dan kami satu family ni united yang bapak dah ajar. Until the end of the day kami sangat united. Dan akhirnya, kami adik-beradik semua dapat jaga abah, alhamdulillah.

“Dia jadi tulang belakang dalam perjalan seni saya dan Abang Nuar. His the one yang ajar saya menyanyi, selain selalu pesan cara pernafasan ketika mengaji dan of course, fesyen dia. Dia sangat menitikberatkan imej/penampilan saya walaupun dia bedridden. Selalu pesan kerja dengan ikhlas nak,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Terdahulu, bapa kepada penyanyi popular Ziana dan Anuar Zain, Zain @ Zin Abdullah, 87, meninggal dunia pada jam 3.32 petang pada Selasa.

Allahyarham Zain menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.

 

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Mar 2025

“Al-Quran Jangan Lupa, Bila Saya Panggil Jemaah Tinggal Semua Kerja Yang Kamu Buat” – Johan Nasihat Pembantu Rumah Utamakan Ibadah

Johan tidak mahu disoal di akhirat kelak apabila pembantu rumahnya itu meninggalkan perkara wajib semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.

Trending Fri, 16 Jul 2021

Jangan Cabar Arahan Kerajaan, TPM Beri Amaran Kepada Pengilang

Ini bukan masa nak pentingkan diri sendiri ye gaissss

Featured Sun, 6 Mar 2022

Ramal Mimpi atau Pelukan Angkasa Jadi Juara AJL 36, Tekaan Neelofa Untuk Pemenang Kategori Vokal Terbaik Memang Win!

‘Tembakan’ Neelofa kali ini tepat atau tidak? Jom saksikan AJL36 malam ini!

Events Thu, 16 Apr 2020
Trending Wed, 13 Jan 2021

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Ujian setiap orang berbeza beza, sentiasalah pilih untuk menjadi baik ❤️

Featured Wed, 5 Dec 2018

Sehingga Kini Tidak Ada Produk Vitamin C Yang Didaftarkan Dalam Bentuk Suntikan Oleh KKM!

Produk yang digunakan secara suntikan tidak boleh dikelaskan sebagai produk kosmetik.

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

环映制作公司隆重开幕!今年将拍两部电影

环映制作公司(K Production)正式开幕!多位本地艺人王骏、温绍平、陈美娥、曾维山、甘家麒等人均现身站台;同时,也宣布今年将开拍两部分别有王骏和陈美娥主演的电影。

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

「李连杰的儿子」谢苗24年后长这样?

80/90年代广为人知的武打童星,除了释小龙以外,就是「李连杰的儿子」谢苗了。经过了24年他不仅是名体育老师,偶尔也会参与戏剧演出,让粉丝也不会看不见他。

error: Content is protected !!