Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 29, 2025 @ 4:11pm

Aisar Khaled Beri Penghormatan Terakhir Buat Affan Kurniawan, Hadir Pengebumian Mangsa Pemandu Gojek Dig*lis ‘Barracuda’

Nama pempengaruh media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian apabila dia sanggup hadir memberi penghormatan terakhir kepada pemandu gojek, Affan Kurniawan, yang maut selepas digilis trak taktikal polis Indonesia, ‘Barracuda’, pada malam Khamis.

Menerusi video di TikTok,  Aisar yang berpakaian serba hitam itu bertemu ahli keluarga mangsa yang dalam keadaan berduka, sambil menenangkan Affan.

Aisar kemudian turut membantu orang ramai mengangkat keranda jenazah Allahyarham sehingga selesai dikebumikan di tanah perkuburan.

Kehadiran dan sokongannya itu telah menyentuh hati rakyat Indonesia yang memuji sikap prihatin dan rasa hormat Aisar terhadap mangsa meskipun bukan warga negara sama.

Sekadar info, Affan yang baru berusia 21 tahun bekerja sebagai pemandu gojek demi menyara tujuh ahli keluarganya.

Malangnya, dia maut digilis trak taktikal milik polis ketika berlaku demonstrasi penduduk di kawasan Bendungan Hilir, Jakarta.

Ketika kejadian, mangsa difahamkan sedang menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Ketua Polis Indonesia bersama Presiden Prabowo Subianto tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

Difahamkan, tujuh anggota yang berada di dalam trak berkenaan juga dilaporkan sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

@inibukanniko

Aisar Khaled hadir di pemakaman Affan 💔 #dpr #dewanperwakilanrakyat #demo #aisarkhaledd #ojol

♬ Bodohnya Aku – Lyodra

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Feb 2018

PELAJAR MAUT TERKENA PISAU MESIN RUMPUT MELAYANG

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, kepala mangsa, Nur Afini Roslan, 14, ter­belah dua, manakala seorang lagi pelajar sekolah itu, Mohd. Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan pada belakang kepala.

Trending Fri, 25 Sep 2020

Hanya Tiga Jam Masa Diberikan Untuk Jemaah Tunai Umrah

Peringkat pertama bermula 4 Oktober ini!

Trending Sun, 21 Oct 2018
Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Sat, 10 Feb 2018

LINDA ONN NAK LEPASKAN ‘BUAH HATI’

“Nak lepaskan sayang tapi itulah rasanya yang terbaik” coret Linda lagi.

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

‘ Tak Ada Doa Dan Usaha, Memang Single Ke Sudah Jawabnya’, Baim Wong Kongsi Tips Buat Si Bujang

Baim memang terkenal dengan gelaran Presiden Lelaki Jomblo (Lelaki Bujang) sebelum ini kerana sudah lama keseorangan sedangkan rakan seusianya sudah berpasangan. Amboi Baim… lepasni boleh beri tips rumah tangga pula ya!

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Hiburan Sun, 21 May 2023
error: Content is protected !!